Tanda-Tanda
Saat-Saat Kematian
a) 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
b) 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
c) 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut
pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat
kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran
malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
d) 7 hari : Mengidam makanan.
e) 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
f) 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
g) 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
h) 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.
i) Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian
belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam
keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap. Bila
Malaikat Mencabut Nyawa
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya
melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula
sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan
kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali
datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan
menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat
kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka di dan kaki
ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut
mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan
zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi
baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari
arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini
sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali
kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai
malaikatKu, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman
itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh
orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya
kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang."
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia
keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit
sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya
hingga sampai hari Kiamat. |