PERINGATAN
DAN AMARAN UNTUK WANITA
- Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah
mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau
tidak).
- Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya
sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
- Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar
melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan
zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
- Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali
atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis.Sabna Nabi
s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.
- Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat
wanita yang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
- Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w.
bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat
yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke
dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya
Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya."
- Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan
untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur
baginya.
- Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung
suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra
pada suaminya.
- Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya
ada di rumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki kerumahnya
dengan tidak seizin suaminya.
- Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah
dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.
- Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa
(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang
melainkan ditepi-tepinya.
- Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi
ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat
ke pagi.
- Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati
suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat
manusia sekalian.
- Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika
diharuskan,maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana
membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
- Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari
Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang
tengkoknya.
- "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari
ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli
neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya
Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan
mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya
seberapa banyakpun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."
- "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum
wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada
mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak
atau kafir ?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak
bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat
suaminya."
- Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2
kaliganda seorang lelaki di dalam syurga.
- "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api."
Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab
Rasulullah s.a.w. :
Kerana kebanyakan perempuan itu
tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan
anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah. Tiada
memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang
terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
Sering mengkufurkan (engkar)
terhadap nikmat Allah. (Contohnya : Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang
berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)
Gemar bercakap perkara yang sia-sia
yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan
mengumpat.)
Kurang akal dan kurang ilmu
pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu
lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
- Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w.
bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur
dunia. Mereka itu adalah :-
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
Adapun yang gemuk tapi kurus itu
ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
Orang yang berpakaian tetapi
telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
Orang yang alim tapi jahil ialah
ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
- Asma' binti Kharizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada
puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar
dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan
yang belum engkau kenali. Itulah suami mu.Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat
perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai
lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai
kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah
ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suami mu
itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar
melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
- Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya
memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:-
- Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah
baik-baik fikiran mu.
- Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah
pandanganmu.
- Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.
- Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
- Ingat kepada Allah s.w.t.
- Lupakan budi baik mu pada orang lain.
- Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
- Ingat kepada mati.
- Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada
suaminyaseperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-
- Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk
jimakatau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
- Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau
pun tidak.
- Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
- Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
- Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami
ingin masuk.
- Mermasam muka ketika berhadapan dengan suami.
- Minta talak.
- Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
- Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.
- Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
- Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak
disukaioleh suaminya.
- Wajib bagi wanita :-
- Mengekalkan malu pada suaminya.
- Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
- Mengikut kata-kata dan suruhannya.
- Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
- Berdiri menyambut kedatangannya.
- Berdiri menghantar pemergiannya.
- Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
- Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
- Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
- Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
- Tiada khianat ketika tiada suaminya.
- Memuliakan keluarga suaminya.
- Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung
pada redha atau tidaknya suami padanya. |