Benarkah Babi Merbahaya? Allah berfirman di dalam surah Baqarah 2:17: "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan kepadamu bangkai, darah yang mengalir keluar dan daging babi." Satu yang amat signifikan di dalam Al Quran ialah tentang pengharaman daging babi. Berbanding binatang-binatang lain, ianya disebutkan secara khusus di dalam Al-Quran. Pengharaman daging dan produk-produk darinya adalah mutlak, kecuali ketika darurat. Apa yang pasti ialah setiap apa yang Allah haramkan ada rahsia dan hikmahnya. (Bahaya Penyakit Dan Jangkitan Dari Babi Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah, Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center,Massachusetts yang juga merupakan Penolong Profesor Perubatan, di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, telah merumuskan lebih daripada 25 penyakit-penyakit yang boleh di jangkiti dari babi. Di antaranya ialah:
Kajian oleh Alix Fano (M.A.), Murry J. Cohen(M.D.), Marjorie Cramer (M.D.,F.A.C.S.), Ray Greek (M.D.), dan Stephen R. Kaufman (M.D.) telah mendapati bahawa diantara penyakit-penyakit itu, ada yang boleh membawa maut, sebagai contohnya leptospirosis yang boleh menyebabkan kerosakan kepada hati (liver) dan buah pinggang. Satu contoh kesan penyakit dari babi ialah jangkitan kuman (virus) influenza. Pada tahun 1918, ia telah membunuh lebih kurang 20 juta manusia di seluruh dunia. Ada yang menganggarkan mangsa-mangsanya berjumlah 40 juta. Kuman ini pada asalnya adalah dari babi-babi di Amerika yang telah menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia Pertama.Tentera-tentera ini kemudiannya telah membawa dan menyebabkan jangkitan di negara-negara lain. Jumlah kematian ini adalah lebih besar daripada kematian yang berpunca dari wabak-wabak lain dalam sejarah dunia moden. 194 Kajian ke atas spesimen-spesimen tertentu darimangsa-mangsa telah menunjukkan bahawa besarkemungkinan punca wabak ini adalah dari kuman virus yang datangnya dari babi. Wabak yang dinamakan sebagai The Asian Flu dan wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun1968 berkemungkinan berpunca dari kuman yang datang dari babi atau binatang ternakan. Wabak-wabak ini telah meragut nyawa 2 juta orang. Dr. Danial Zainal Abidin |