Pandangan Tidak Batal Wudhu Sentuh Isteri Mereka yang mengatakan bahawa menyentuh perempuan yang bukan mahram batal
wudhu'nya adalah pandangan Imam al-Shafi'e Rahimahullah. Manakala Imam Malik Rahimahullah
pula berpendapat batal wudhu' jika sentuhan itu diiringi dengan perasaan shahwat, samada
ianya berlapik atau tidak. Pendapat ini juga dipilih oleh Imam Ahmad ibn Hanbal
Rahimahullah. Adapun Imam Abu Hanifah Rahimahullah pula berpendapat bahawa sentuhan tidak
sedikit pun membatalkan wudhu'. Perbezaan pendapat mereka semua ini tercetus disebabkan
pemahaman mereka yang berbeza di dalam ayat2 ini:
Adapun mereka yang mengatakan bahawa tersentuh kulit antara suami dan isteri adalah batal,
berhujjah dengan nas2 ini:
1. Firman Allah Ta'ala, "Dan jika kamu sakit atau dalam keadaan musafir atau kembali
dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat
air, maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang bersih atau suci, sapulah mukamu dan
tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun." [al-Nisa':43].
2. Terdapat juga ayat yang lebih kurang sama dengan firmanNya,
"Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air atau
menyentuh perempuan lalu kamu tidak memperolehi air, maka bertayammumlah dengan tanah yang
baik" [al-Ma'idah: 6]
Baik, permasalahan yang timbul adalah di sini, iaitu pada ayat "atau kamu telah
menyentuh perempuan" [al-Nisa':43] dan "atau menyentuh perempuan"
[al-Ma'idah: 6].
Imam al-Shafi'e dan juga yang sependapat dengannya melihat ayat "menyentuh
perempuan" memberi makna Haqiqat (Terminology) atau makna yang sebenarnya dan bukan
makna Majaz (Figurative) atau makna yang tersirat. Bagi beliau, "menyentuh
perempuan" maknanya "menyentuh perempuan".
Ini berdasarkan qaedah di dalam Ilmu Usul Feqah yang mana pemakaian sesuatu perkataan atau
bahasa kekal pada maknanya yang Haqiqi selama mana yang mampu. Tiada takwilan padanya
melainkan ada nas yang menerangkan bahawa ianya memberi makna Majaz. [Sarakhsi, Usul,
Juz.1, ms. 170-171, Baidhawi, Minhaj al-Wusul ila 'Ilm al'Usul, ms. 2, Dari 'Abdul Karim
Zaidan, al-Wajiz fi al-Usul al-Fiqh, ms 332],
Akan tetapi, jika penggunaan makna yang Haqiqi terhalang (disebabkan oleh ada2nya nas2
yang menyanggahi penggunaan atas makna yang Haqiqi), maka mestilah menggunakan Majaz atau
Maknawi juga dikenali dengan makna yang tersirat.
Jadi di bawah ini terdapat nas2 yang sahih yang menjadi hujjah kepada terhalangnya qaedah
penggunaan makna Haqiqat ke atas ayat "menyentuh perempuan" bahawa ianya
membatalkan wudhu' semata2 menyentuh perempuan yang bukan mahram.
HUJJAH YANG PERTAMA: PENGGUNAAN "MENYENTUH PEREMPUAN" DI DALAM KEDUA2 AYAT
KEPADA MAKNA HAQIQINYA IAITU "MENYENTUH PEREMPUAN" DARI SEGI BAHASA ARAB.
Penggunaan qaedah ini tertolak. Ini kerana perkataan "al-Lams" itu adalah satu
perkataan yang membawa dua makna di sisi orang Arab. Kadang2 ia digunakan dengan membawa
makna Haqiqi iaitu menyentuh dengan tangan dan kadang2 ia membawa erti Ma'nawi iaitu Jima'
atau Persetubuhan. Ulama'2 tafsir berpendapat bahawa pendapat yang paling rajih ialah
Persetubuhan. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn Jurair al-Tobariy dan begitu juga Ibn
Kathir [Ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, Juz. 1, ms. 504]
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn 'Abbas RA ketika ditanya apa yang dimaksudkan
dengan "menyentuh perempuan", maka jawabnya, "al-Jima' atau
Persetubuhan". [Ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, Juz. 1, ms.503].
Ini juga selaras dengan ayat lain ketika mana Allah cuba menggambarkan proses persetubuhan
dengan penggunaan al-Mass atau Sentuhan. Firman Allah Ta'ala: "Dan tiada kewajipan
membayar (mahar) ke atas kamu, jika kamu menceraikan isteri2mu sebelum kamu bercampur
dengan mereka" [al-Baqarah:236].
Di dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan "tamassuhum" dengan lafaz kinayah
sebagai ganti kepada "Jima'". Di sini, yang dimaksudkan adalah maknanya dari
segi Majaz iaitu Jima' bukannya makna dari segi Haqiqatnya yakni "menyentuh".
Adalah perlu diketahui bahawa Ibn Abbas adalah seorang yang paling mu'tabar tafsirannya di
dalam mentafsirkan al-Qur'an. Ini kerana Rasulullah SAW sendiri telah mendo'akannya agar
beliau diberi kehebatan di dalam ilmu Tafsir sebagaimana sabda Rasulullah SAW, "Ya
Allah jadikanlah dia (Ibn 'Abbas RA) seorang yang 'alim di dalam (urusan) agama dan
ajarkanlah kepadanya ilmu ta'wil (tafsir)" {Bukhari, Muslim, dan Ahmad, Malik dan
semua sunan2 yang 5].
Oleh itu, pandangan atau tafsiran yang diberi oleh Ibn 'Abbas adalah lebih awla dipegang.
Mungkin mereka yang berpendapat bahawa batal wudhu bila tersentuh lelaki dan perempuan
yang bukan mahram akan bertanya, "jika begitu maksudnya, "menyentuh perempuan
itu dengan erti Jima'" maka kenapa ayat2 ini meletakkan ianya bersama2 dengan hadath2
yang boleh disucikan dengan wudhu' atau tayammum?
Jawapannya cukup mudah. Yang dimaksudkan dengan Jima' di sini bukan Jima' pada erti kata
yang sebenar iaitu memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan isteri yang sudah pasti
mengundang mandi wajib. Akan tetapi Jima' dimaksudkan di sini adalah dari segi umum
seperti muqaddimah Jima' atau foreplay dengan bermesra-mesra antara suami dan isteri di
awal-awal permulaan persetubuhan. Bila ini berlaku, maka ia akan merangsang shawat
kedua-dua pihak lantas akan mengeluarkan air najis atau mazi hasil dari kelazatan yang
timbul. Bila air ini keluar, maka hendaklah disucikan dengan mengambil wudhu' atau
tayammum, jika ketiadaan air. Ini sekali menyatakan yang pandangan Shafi'e (bahawa
sentuhan perempuan itu sahaja sudah membatalkan wudhu') dan Hanafi (sebarang sentuhan,
baik dengan Shahwat atau tidak, sedikit pun tidak membatalkan wudhu') adalah kurang tepat.
Di sini, pandangan Imam Malik dan Ahmad adalah lebih tepat dan kuat hujjahnya. Malahan,
pendapat ini
HUJJAH KEDUA: HADITH2 YANG MENJADI HUJJAH BAHAWA LELAKI DAN PEREMPUAN ATAU SUAMI DAN
ISTERI, TIDAK TERBATAL WUDHU'NYA BILA BERSENTUH.
Berikut adalah sabda Rasulullah SAW:
1. Dari 'Aishah RA bahawa Rasulullah SAW menciumnya sedangkan baginda berpuasa dan baginda
berkata, "Ciuman tidak membatalkan wudhu' dan tidak pula membatalkan puasa seseorang
yang berpuasa" [Ishaq ibn Rahawih dan al-Bazzar]
Ini dikuatkan dengan hadith sahih riwayat 'Aishah RA , "Rasulullah SAW mencium
isterinya sedang dalam keadaan baginda berpuasa" [Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud,
Ibn Majah, , Ahmad, Malik dan a;-Darimiy]
2. Dari 'Aishah RA , "aku kehilangan Rasulullah (ini kerana Rasulullah SAW tidak ada
di atas katil) pada suatu malam dari katilnya akan tetapi daku kembali menyentuh baginda
SAW (menjumpainya kembali), lalu aku menyentuh tanganku telapak kakinya ketika mana
baginda sedang sujud, dan kedua-duanya (yakni kaki itu) di dalam keadaan rapat antara satu
sama lain (mengambarkan keadaan baginda SAW dalam sujudnya) dan baginda SAW mengucapkan
(berdo'a ketika sujudnya): "Allahumma Inni A'uzubika Biridhaka min Sakhatik..."
Dari Nas2 di atas, ia jelas menunjukkan bahawa pandangan Imam Malik dan Ahmad
rahimahumallah adalah lebih tepat berdasarkan hujjah2 yang dikemukakan adalah lebih kuat.
Berpegang dengan nas2 dari Qur'an di atas sahaja, lantas membuat kesimpulan yang
dimaksudkan dengan "Lamastum" dengan ertinya yang Haqiqi adalah kurang tepat.
Ini kerana ia akan menyalahi hadith2 sohih dari 'Aishah RA. Jika begitu, dimana kita
hendak letakkan hadith2 ini? Perlu diingat, hadith Rasulullah SAW adalah penghurai atau
penerang kepada al-Qur'an. Jika ini diabaikan, maka pincanglah agama dan rosaklah hukum
yang terbina darinya. Imam2 adalah Mujtahid.
Mereka membuat hukum dengan dasar ijtihad di atas sumber-sumber nas yang terhad masa
mereka. Ada kemungkinan, tidak sampai hadith-hadith ini kepada mereka. Kita umat Islam,
tidak boleh sama sekali mengikut pandangan imam2 ini dengan bertaqlid buta tanpa
mengetahui apakah hujjah-hujjah imam-imam ini sehingga terkeluarnya hukum2 tersebut. Jika
kita tahu apakah hujjah-hujjah mereka, maka senanglah kita berpegang dengan hujjah2 yang
kuat walaupun hujjah imam-imam kita yang lain lemah. Adapun mereka yang keras hati untuk
menerima pandangan lain yang jelas jauh lebih kuat dari mereka, maka ini adalah salah.
Mereka bersikap begini tidak lain hanyalah kerana ta'assub kepada mazhab tertentu dan
bertaqlid buta padanya.
Harapan saya, article yang saya tulis ini akan memberi satu pandangan baru kepada anda
semua di dalam melihat persentuhan antara suami dan isteri. Sedih sekali, kadang-kadang
pasangan sampai hampir berkelahi disebabkan hal ini. Islam menyeru agar suami isteri
saling bersama, membawa pasangan itu merapatkan hubungan dan kemesraan di antara mereka,
bukan menjauhkan. Adalah tidak logic Islam mahu menjauhkan suami dan isteri. Konsep
perkahwinan itu sendiri membawa erti agar kita mengecapi "mawaddah" dan
"rahmah" iaitu "ketenangan" dan "kerahmatan" bukannya satu
pengasingan dan penjauhan kerana Islam.
Malah dari article ini jugak, kita boleh simpulkan bahawa antara sunnah Rasulullah SAW
ialah mencium isteri baginda SAW ketika baginda SAW keluar hendak bersolat jemaah di
masjid. Harapan saya, mulai dari hari ini, kepada suami-suami agar mengamalkan Sunnah ini.
Kerana Sunnah ini seolah-olah sudah terhapus dari muka bumi. Manusia hampir tidak langsung
mengamalkannya. Berpeganglah kepada Sunnah Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda
serta mereka-mereka yang mengikut jejak langkah mereka ini, nescaya kamu semua akan
selamat di dunia dan di akhirat nanti. |