Kembali

APRIL FOOL - Umat Islam disembelih

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka  penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar
merangka-rangka rancangan 'penganiayaan'  ini. Yang  penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka  merah padam kerana dipermain-mainkan.

Bagaimanapun, tanpa  mereka sedari,  kadang  kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan. Sewaktu   zaman   persekolahan dahulu,  penulis pernah  terbaca
tentang suatu  trajedi  yang  berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang  agama,  telah mengucapkan  'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya   dengan   niat untuk  melawak. Isterinya  yang  pada mulanya terpinga-pinga   terus meraung  apabila  si  suami dengan  muka selamba kemudiannya  mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula
untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Berbalik  kepada  perayaan April  Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan  kerajaan  Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di  Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing
untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuashati  dan  berusaha  untuk menghapuskan orang-orang  Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari  Sepanyol  dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan  menggunakan kapal-kapal  yang  berlabuh di pelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran  tersebut merupakan suatu penipuan,  telah  pergi ke pelabuhan untuk  melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati,  mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan  harinya (1 April), mereka mengambil  semua  barangan yang  telah disiapkan  lalu  menuju ke perlabuhan. Pada  masa inilah pihak
Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian  membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana  semuanya dibakar. Pihak  Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki,  perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah  yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa  menyedari  mereka sebenarnya  merayakan ulang  tahun pembunuhan
beramai-ramai  saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan  daripada  Risalah  Fikrah

Kembali