RAYUAN DERMA

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang yang beriman itu akan diri mereka dan harta-benda mereka dengan bayaran syorga kepada mereka."

(At-Taubah, ayat 111)

"Dua malaikat turun setiap hari dari langit. Satu dari mereka berdo'a : Ya Allah, kembangkanlah harta orang-orang yang suka menghulurkan derma. Dan satu yang lain pula berdo'a : Ya Allah, binasakanlah harta orang-orang yang kikir (kedekut)."

(Al-Hadis)

 

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Parti Islam Semalaysia (PAS) Kawasan Senai sedang di dalam proses pembinaan bangunan PAS Kawasan Senai. Apabila siap, bangunan ini akan menempatkan Pejabat PAS Kawasan dan Pejabat Dewan-Dewan di tingkat atas sementara bahagian tingkat bawah akan digunakan sepenuhnya untuk Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang boleh menampung seramai 150 orang murid. Selain itu ia juga akan dijadikan pusat tarbiyyah untuk kegunaan kelas-kelas fardhu ain, kelas al-Qur’an, tuisyen dan ceramah.

Anggaran kos bangunan ini ialah kira-kira RM 100,000.00 (Ringgit Malaysia Seratus Ribu Sahaja) dan setakat ini kira-kira 20% kerja-kerja pembinaan telah dijalankan dan ia dikira agak perlahan kerana kekurangan sumber kewangan bagi menampung kos keseluruhan.

Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik anda semua untuk memberikan sumbangan jariyah bagi membantu mempercepatkan pembinaan bangunan tersebut

Parti Islam Semalaysia Kawasan Senai sentiasa mengalu-alukan sumbangan derma dalam apa jua bentuk bagi menyokong dan membantu kami meneruskan program-program anjuran PAS Kawasan Senai. Kepada yang berminat untuk menghulurkan derma, anda boleh memasukkan sumbangan anda ke dalam akaun PAS Kawasan Senai.


Nama Akaun : PAS KAWASAN SENAI
Bank : BANK MUAMALAT (Caw. Kulai)
No Akaun : 714260111876