FELDA DAN PENEROKA

Fakta-fakta :

FELDA adalah agen pembangunan tanah terbesar di dunia.
Tarikh ditubuhkan : 1 Julai, 1956
Jumlah peneroka : 119,293 orang (95% - Melayu)
  • Pahang - 45,804 orang (37.8%)
  • Johor - 29,482 orang
  • Negeri Sembilan - 17,732 orang
  • Terengganu - 8,080 orang
  • Perak - 6,211 orang
  • Kelantan - 3,412 orang
  • Kedah - 4,245 orang
  • Selangor - 2,600 orang
  • Melaka - 1,328 orang
  • Sabah - 1,113 orang
  • Perlis - 893 orang
Jumlah Rancangan : 323 buah
Keluasan keseluruhan tanah terbabit :
837,843 hektar
  • sawit - 585,276 hektar
  • getah - 187,370 hektar
  • lain-lain (koko, tebu, kopi) - selebihnya
Purata modal tahunan FELDA : RM 200 juta
Hasil yang diperolehi : RM 1,200 juta (Tahun 1990)
Badan-badan di bawah FELDA :
  1. Perbadanan Niaga Felda PNF - (mengendalikan 277 buah kedai runcit rancangan)
  2. Perbadanan Pemasaran Felda (Pemasaran sawit dan koko)
  3. Perbadanan Pengendalian Susu Getah (Ekspot susu getah pekat)
  4. Perbadanan Angkut Felda (Pengangkutan)
  5. Perbadanan Kilang Felda
  6. Perbadanan Keselamatan Felda
  7. Perbadanan Khidmat Pertanian Felda
  8. Perbadanan Bina Felda
  9. Perbadanan Getah Felda
  10. Perbadanan Tapis Felda
  11. Perbadanan Isi Sawit Felda
  12. Perbadanan Prodata
  13. Perbadanan Korporat
Modal berbayar Kumpulan Perbadanan Felda : RM 249.7 juta
Perolehan Kumpulan Perbadanan Felda : RM 2,700 juta (Tahun 1990) dengan keuntungan sebelum cukai RM 94.4 juta
Syarikat Usahasama FELDA :
  1. Kilang Gula Felda Perlis Sdn. Bhd
  2. Felda Johor-Bulkers Sdn. Bhd
  3. Felda Oil Product Sdn. Bhd
  4. FYM Sdn. Bhd.
  5. Malaysia Cocoa Manufacturing Sdn. Bhd
  6. FPG Oleochemical Sdn. Bhd
  7. Pasir Gudang Grains Terminal Sdn. Bhd
  8. Laporte Sdn. Bhd

Saham Syarikat Usahasama FELDA dikuasai oleh Perbadanan Kilang dengan modal daripada Koperasi Peneroka Felda (KPF)

Modal Berbayar Syarikat Usahasama FELDA : RM 116.4 juta
Perolehan Syarikat Usahasama FELDA : RM 670.4 juta (Tahun 1990) dengan keuntungan sebelum cukai RM 4.6 juta.

FELDA adalah singkatan kepada "Fedral Land Development Authority" atau dipanggil sebagai LKTP (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan). Ia ditubuhkan pada 1 Julai, 1956 sebagai badan berkanun di bawah fasal 3 Oridinan Pembangunan Tanah 1956.

Mesyuarat pertama FELDA pada 8 Ogos 1956 telah membuat satu kesimpulan iaitu "….there is plenty of good land, and there are plenty of good people to develop it. The authority should promote projects which bring the best of each together to produce the maximum wealth for Malaya’s future…."

Rakyat yang tidak bertanah dijanjikan dengan kehidupan yang lebih baik dan selesa menerusi pembangunan dan pemilikan tanah yang dijanjikan, sementara FELDA diberi kuasa untuk melaksanakan dan mengawal projek-projek pembangunan tanah menerusi Group Settlement Act 1960 (GSA 1960).

Penubuhan FELDA asalnya adalah bermatlamat mengekalkan ketuanan Melayu melalui penguasaan tanah. Sebab itu 95% peneroka FELDA adalah orang-orang Melayu. Walau bagaimanapun sehingga ke hari ini jaminan penguasaan mereka terhadap tanah yang diusahakan masih tidak dapat diperjelaskan kerana halangan peruntukan yang terdapat di dalam akta tersebut.