Make your own free website on Tripod.com
AKTIVITI
PAS Kawasan Senai sentiasa merangka dan manjalankan aktiviti-aktiviti yang perlu untuk kepentingan jamaah dan masyarakat. Antara usaha yang giat dijalankan ialah memperbanyakkan aktiviti-aktiviti untuk memasyarakatkan PAS agar PAS menjadi tidak asing lagi di kalangan masyarakat, tidak kira Melayu atau bukan Melayu. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah hasil usaha semua lujnah yang diwujudkan di dalam organisasi PAS Kawasan Senai. Ini bermakna semua lajnah memainkan peranan yang sama penting bagi menjayakan semua usaha bagi memperkuatkan jentera PAS dan memberikan kesedaran kepada masyarakat. Sehingga kini PAS Kawasan Senai telah mengorak langkah untuk memberikan perkhidmatannya kepada seluruh masyarakat di Senai dengan tertubuhnya Pusat Khidmat PAS Kawasan Senai (KHIDMAT). Unit ini diberi tugas untuk mengenalpasti masalah penduduk dan berusaha membantu mengatasinya dengan dibantu oleh badan-badan professional dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Selain dari itu program bersama juga sering diadakan di antara PAS, DAP dan ADIL. Hubungan yang baik antara ketiga-tiga buah parti alternatif di Senai ini memberi keyakinan kepada masyarakat betapa Barisan Alternatif merupakan suatu gagasan yang mantap dan mampu menyaingi Barisan Nasional.

 

PROGRAM MENYAMPAIKAN SUMBANGAN HARIRAYA KEPADA PESAKIT-PESAKIT DAN KAKITANGAN HOSPITAL KULAI
Yang Dipertua PAS Kawasan Senai, Haji Hasan Husin, sedang menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada seorang kanak-kanak berketurunan Cina di Hospital Kulai.
Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Senai, Sdr. Mazlan Aliman, bertanyakan keadaan pesakit di wad kelas 1, Hospital Kulai selepas menyerahkan sumbangan Aidilfitri.
Antara AJK yang menyertai kunjungan ke Hospital Kulai bagi menyampaikan sumbangan Aidilfitri.