Make your own free website on Tripod.com
PEJABAT PENTADBIRAN
Pejabat Pentadbiran PAS Kawasan Senai terletak di alamat 11-B, Jalan Cermai 1, Taman Mesra, Saleng, 81400 Senai, Johor. Pejabat ini telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Sdr Mahfudz Haji Omar, pada 7 November, 1999. Pejabat ini menempatkan pejabat-pejabat untuk PAS Kawasan Senai, Dewan Pemuda PAS Kawasan Senai dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Senai. Ia mengandungi sebuah dewan mesyuarat yang digunakan untuk pertemuan-pertemuan dan juga kuliah-kuliah. Walaupun pejabat ini belum mempunyai petugas sepenuh masa, ia telah dibuka untuk semua urusan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat di siang hari dan pada tiap-tiap malam. Sementara menunggu perlantikan petugas sepenuh masa, AJK kawasan bergilir-gilir menjaga pejabat ini mengikut jadual masing-masing. Sekiranya orang ramai ingin berusrusan di pejabat ini, mereka bolehlah datang pada masa seperti di atas atau menghubungi no. telefon: 019-7621507/019-7554544,   fax: 07-6623200,  email: passenai@hotmail.com.
 
PERASMIAN PEJABAT PENTADBIRAN PAS KAWASAN SENAI OLEH HJ. MAHFUDZ OMAR - KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT PADA 7 NOVEMBER, 1999

markassenai.jpg (27082 bytes)

PEJABAT PENTADBIRAN PAS KAWASAN SENAI DI SALENG

 
mahfuzucaprasmi.jpg (9455 bytes)

Haji Mahfudz Omar semasa ucapan perasmian

 
mahfuzsain.jpg (23816 bytes)
Haji Mahfudz Omar sedang menurunkan tandatangan
 
mahfudzlawat.jpg (15578 bytes)
Ketua DPP Pusat sedang melawat pejabat pentadbiran