Make your own free website on Tripod.com

Ceramah : PAS disekat, UMNO dibebas

Senai, 27 Julai, 2001.

Banner Pelancaran Putri UMNO yang menggunakan tempat awam terpampang di simpang jalan

Dalam masa PAS dan parti pembangkang yang lain disukarkan oleh pihak polis, UMNO terus diberi kebebasan mengadakan ceramah dan perhimpunan di tempat-tempat awam yang pembangkang tidak pernah diberi kebenaran untuk menggunakannya. Yang terbaru, UMNO akan mengadakan suatu perhimpunan untuk merasmikan Penubuhan Puteri UMNO Bahagian Senai yang akan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Senai, Hj. Adam Hamid pada 29 Julai ini di Dewan Raya Kulai.

Bagi rakyat dan warganegara yang waras fikiran tentunya tidak menerima hakikat ini. Pihak berkuasa pula seolah-olah membutakan mata melihat penyalahgunaan tempat-tempat awam ini apabila ia dilakukan oleh UMNO sedangkan pembangkang sukar mengadakan ceramah walaupun di markas dan rumah-rumah ahlinya.

Kembali