Make your own free website on Tripod.com

Ceramah serentak di Johor - 37 ditahan

Batu Pahat, 25 Ogos, 2001

Dr. Daeng - selamat di Gelang Patah Mazlan Aliman - selamat walau telah 3 kali dilokap
Dzulkifli Ahmad - ditangkap di Parit Sulong Fariz Salleh - ditangkap di Sri Gading

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor telah mengadakan 20 ceramah serentak di seluruh negeri Johor bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan polis yang menghalang semua program ceramah anjuran Barisan Alternatif. Keputusan tersebut yang telah diputuskan di dalam mesyuarat Badan Perhubungan dan Dewan Pemuda telah disambut baik oleh semua kawasan.

Insiden yang paling serious berlaku di Sri Medan, Parit Sulong di mana Sdr. Dzulkifli Ahmad (Timablan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor) dan Us. Nasaruddin Tanthawi (Timablan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang) berceramah. FRU dikatakan telah bertindak memotong pagar markas dan menecahkan pintu markas. Mereka kemudiannya terus masuk dan naik ke tingkat atas markas dengan kasut mereka untuk menangkap penceramah dan pendengar. Beberapa orang ahli PAS cedera dibelasah dengan belantan oleh FRU. 33 orang telah ditahan termasuk penceramah, 8 orang wanita dan beberapa orang tua yang melebihi umur 60 tahun.

Di Sri Gading, Exco Dewan Pemuda PAS Johor, Sdr Fariz Salleh, turut ditahan bersama 3 orang lain. Di dalam insiden tersebut polis telah mengepung lebih sejam markas PAS Kawasan Sri Gading sebelum menangkap mereka. Sebuah kenderaan turut disita walaupun ianya terletak di dalam kawasan markas.

Di Senai, FRU turut menggempur ceramah Sdr. Ghani Harun (AJK Pemuda ADIL Pusat) dan juga Us. Sidek Nor (timbalan Pesuruhjaya PAS Perak). Ceramah yang diadakan di markas PAS Kawasan Senai itu menyaksikan penangkapan 4 orang penyokong BA apabila usaha menagkap penceramah gagal dilakukan kerana markas tersebut berkunci dan dikawal rapi. Para pendengar yang sebahagiannya berketurunan Cina turut mempertikaikan sikap polis yang menghalau para hadirin dari mendengar ceramah tersebut. 4 orang yang ditangkap telah dibebaskan tanpa sebarang keterangan diambil.

Di Taman Universiti, Skudai, PAS Kawasan Gelang Patah turut berjaya menyelamatkan penceramah mereka iaitu Dr. Daeng Sanusi (Pesuruhjaya PAS Johor) dan Us. Ghani Abd Rahman (AJK PAS Pusat). Walau bagaimanapun, pihak polis telah menangkap 15 orang hadirin yang akhirnya dibebaskan tanpa sebarang keterangan diambil.

Di Muar, ceramah Sdr. Mazlan Aliman turut digempur pihak polis, tetapi tiada sebarang penangkapan dibuat. Sementara itu di Pontian, Kota Tinggi dan Tebrau, pihak polis telah mengeluarkan permit ceramah walaupun di tempat lain tiada permit dikeluarkan.