UMNO lebih pentingkan artis

25 Mei, 2001.

Nampaknya halatuju perjuangan UMNO semakin hari semakin menyasar apabila Puteri UMNO yang baru ditubuhkan telah menubuhkan Jawatankuasa Kebajikan Artis begi membela hak dan kebajikan golongan tersebut. Mungkin inilah salah satu kejayaan Era Fazira selepas ditabalkan sebagai Exco Puteri UMNO.

Kita merasa agak hairan, di dalam terlalu banyak isu rakyat dan umat Islam yang begitu meruncing seperti isu setinggan, kemiskinan, isu yuran IPT/IPTA yang membebankan, gejala sosial remaja, murtad, menghina Islam, pembuangan pekerja, salahguna wang rakyat dan sebagainya, Puteri UMNO melihat soal artis adalah lebih penting dan lebih utama sehingga suatu jawatankuasa khas terpaksa ditubuhkan. Kita pun kurang pasti apa sebenarnya halatuju Puteri UMNO. Mungkin mereka merasakan bahawa golongan artis adalah benteng terakhir UMNO disaat seluruh rakyat bangkit menentang dan menolak UMNO. Mungkin juga mereka mahu menjadikan Puteri UMNO sebagai jambatan bagi memudahkan pembesar-pembesar UMNO memburu artis-artis kegilaan mereka.

Sikap Puteri UMNO ini tidaklah mengejutkan kita kerana UMNO secara keseluruhannya adalah parti yang mementingkan golongan pemimpin dan penguasa. Peduli apa dengan nasib rakyat, kerana yang penting keinginan pemimpin-pemimpin ini yang perlu didahulukan.

Kembali