UMNO bukan lagi Parti Melayu....apa lagi ada pada Melayu?

25 Mei, 2001.

Lagi bertambah rami ahli UMNO keluar parti beramai-ramai akibat ketidak relevan nya Umno sekarang ini. Ada kawan aku yang duduk sekampung yang sememangnya di kenali sebagai ‘Hard Core’ UMNO sejak Merdeka lagi telah bersua dengan aku dan mengaku telah meninggalkan Umno dan meminta aku jangan sesekali sebut lagi perkataan UMNO di depannya. “Aku sudah fed-up dan benci dengan Umno, aku tak tahu apa dah nak jadi dengan Umno sekarang ini” begitulah keluhnya.

Begitulah gara-gara Mahahthir sanggup menggadaikan maruah UMNO. Betul lah seperti apa yang aku katakan tempoh hari iaitu apa yang ada pada Melayu lagi sekarang ini? Sudah tiada…ZERO ! tetapi ini tak hairanlah pada kita rakyat Malaysia, kerana siapa yang tak kenal dengan Mahathir yang sentiasa menggadai satu persatu hak Melayu di negara ini. Apakah masih relevan kah lagi slogan dan perjuangan UMNO?

Maka Mahathir setan tua itu pun bagi menutup kesalahannya dan untuk memujuk ahli Umno yang semakin pupus lalu keluarlah kenyataannya iaitu kaum Cina parti AKAR sahaja yang di bolehkan memasuki UMNO. Tetapi apakah rakyat Malaysia ini sebodoh itu untuk sentiasa di perbodohkan? Apakah sebodoh itu pemikiran pemimpin UMNO sekarang ini? Dan yang bertambah bodoh sekali adalah ahli-ahli Umno bawahannya. Apakah dengan tindakan Umno membuka keahlian pada kaum Cina dari parti ‘AKAR’ itu membuktikan yang orang-orang Umno berfikiran panjang dan tidak berfikiran cetek seperti parti pembangkang?

Disini aku bukanlah hendak mempermainkan sentimen perkauman, aku sememangnya cintakan keharmonian dan Muhibbah, akan tetapi aku ingin mencabar kewibawaan UMNO yang selama ini MENDABIK DADA….Melayu lah konon nya tu. Maka aku mencadangkan kepada Pemimpin-pemimpin Umno sudah tibalah masanya untuk membubarkan nama UMNO dan di berikan nama baru atau Istilah baru seperti “United Mahathir National Organisation”, atau tukar sahaja "UMNO" kepada "UMCINO" (United Malay Chinese Indian National organisation) kerana alanga-alang dibuka kepada orang Cina di dalam AKAR baik buka terus untuk semua Cina dan India.

Yang menghairankan kepala otak aku…..KETURUNAN PUN BOLEH DI UBAH. Setahu aku ugama dan kepercayaan sahaja yang boleh berubah atau beraleh, sebab itulah Parti Islam SeMalaysia (PAS) lebih RELEVAN dalam hal ini kerana ada India Muslim, ada Cina Muslim dan ada Melayu Muslim dibawah satu bumbung Parti Islam dan bukannya Parti KETURUNAN seperti Umno.

Sudah jelaslah pada kita sekarang ini bahawa UMNO sememangnya sebuah Parti Bangsat dan parti yang sanggup Menjalangkan Bangsa sendiri. Apakah boleh lagi kita menjerit dan melaungkan ‘HIDUP MELAYU’ sekarang ini pada UMNO?.

Maka dengan ini aku menyerulah kepada orang-orang UMNO…bukalah mata hati anda semua, berpeganglah pada yang nyata dan berpeganglah pada Tali Allah. Tak cukupkah anda semua di permainkan selama ini, apa lagi yang sanggup anda semua beri pada Mahathir untuk di GADAI kan?

Pikir-pikir

seterujabat@freeanwar.com

==
LAWAN TETAP LAWAN
BEBASKAN ANWAR !

seterujabat@freeanwar.com
Melayu+Siam = MeSiam

Kembali