Bapa meradang anak diguna Pemuda UMNO

Senai, 24 Mei, 2001.

Seorang kawan menceritakan perihal seorang bapa naik berang bila melihat gambar anak lelakinya yang masih bersekolah terpampang di Harian Metro berikutan kes remaja yang cedera semasa cuba mengganggu Forum Perdana anjuran PAS di Taman Manis. Rupa-rupanya perbuatan anak lelakinya itu sedikitpun  tidak diketahui oleh ibubapanya. Bapa remaja terbabit menyatakan rasa marahnya terhadap sikap tidak bertanggung jawab pemuda UMNO Senai semasa berada di sebuah kedai gunting.

Sehingga ke hari ini UMNO dikhabarkan masih lagi tidak berpuas-hati kerana gagal mengganggu ceramah PAS. Kekecewaan ini ditambah lagi apabila ceramah UMNO tidak mendapat sambutan dari kalangan masyarakat. Terdapat ahli UMNO yang memberitahu penyokong BA bahawa Pemuda UMNO masih merancang untuk melakukan tindakan-tindakan lain bagi mengganggu ceramah PAS.

metro.jpg (46354 bytes)
Berita yang disiarkan oleh Metro pada 20 Mei lalu

Kembali