UMNO Senai cuba selamatkan Adham

24 Mei, 2001.

UMNO Bahagian Senai nampaknya begitu terdesak untuk menutup aib yang telah dilakukan oleh Ketua Pemudanya, Adham Baba, yang telah melakukan sabotaj ke atas poster PAS. Yang terbaru ialah edaran risalah bergambar  yang kelihatannya dibuat secara 'tergesa-gesa' di dalam ceramah UMNO. Gambar-gambar yang dipetik daripada laman web PAS Kawasan Senai itu telah diselitkan dengan ayat-ayat bebal yang tidak mampu membuktikan apa-apa, apatah lagi untuk menutup kesilapan Ketua Pemuda UMNO itu.

Menurut setiausaha PAS Senai, Sdr Fariz, UMNO telah menggunakan 'letterhead' PAS Kawasan Senai daripada surat tahniah yang disampaikan beliau 'by hand' kepada Adham Baba sendiri. Antara yang dipertikaikan mereka ialah mengenai kredibiliti Sdr. Mazlan Aliman (Ketua Dewan Pemuda PAS Johor) dan kerakyatan Sdr. Hafizuddin Abdullah (Setiausaha ADIL Bahagian Senai).

Selain itu mereka juga mengedarkan risalah 7 muka yang menuliskan 'cerita sebenar' kes tertangkapnya Adham Baba semasa mengoyak poster PAS. Oleh kerana tulisan tersebut adalah tulisan pihak ketiga yang langsung tiada semasa kejadian berlaku, banyak cerita palsu telah dianggap fakta bagi menunjukkan bahawa Adham telah difitnah. Begitu juga kononya Harakahdaily dan Malaysiakini menyebut bahawa Adham telah digari dan dibawa ke balai walaupun tidak disebut langsung perkataan "gari" di dalam kedua-dua laporan seperti yang didakwa. Ini bermakna Adham Baba telah berjaya menipu pengikut-pengikutnya yang mungkin tidak percaya seorang doktor boleh bertindak sebebal itu.

Jamaluddin (SU Pemuda UMNO Senai) dan Us. Ghani tentunya punya pandangannya sendiri kerana semasa Sdr. Fariz berada di Restoran Maju bersama mereka, Jamaluddin menyebut "Acai (panggilan kepada Nasaruddin di kalangan pemuda UMNO) telefon. Dia dengan doktor koyak poster PAS malam tadi. Kena tangkap ngan orang PAS."

Adham, takkan nak tipu lagi kot....

Antara edaran UMNO di dalam ceramah mereka. Tampal jelah ikut sempat... pastu photostat dan edarkan...

Kembali