Penceramah UMNO hanya tahu memaki

Senai, 24 Mei, 2001.

Nampaknya memang bagus tindakan Md Nor Md Deris menyertai UMNO kerana sikap buruknya seperti yang ditunjukkan di dalam ceramah UMNO di Senai memang membuktikan beliau tidak layak duduk di dalam sebuah Parti Islam. Di dalam kedua-dua ceramah beliau di Senai (Taman Manis dan Felda Bukit Besar) UMNO hanya berjaya mengumpulkan sekitar 50-80 orang termasuk ahli BA yang ingin mendengar ucapan penceramah UMNO itu dan juga kanak-kanak.

Di dalam kedua-dua ceramah UMNO yang dikhabarkan tidak mendapat permit itu, penceramah-penceramah UMNO (Md. Nor Md. Deris - bekas AJK Ulamak PAS Kelantan dan Azmi Mazhar Ishak - Bekas Pegawai MAIK) dikatakan hanya memaki dan memburuk-burukkan Menteri Besar Kelantan dan Menteri Besar Terengganu. Antara perkataan yang digunakan ialah "celaka" dan "babi" sehingga ada seorang ahli UMNO yang merasa malu dengan gelagat penceramah tersebut.

Antara yang disebut oleh penceramah UMNO ialah bagaimana mereka telah membawa sifat extreme semasa mereka di dalam PAS seperti bergaduh dengan keluarga mereka sendiri, tidak menjawab salam orang UMNO dan sebagainya. Mengkafirkan orang UMNO juga sudah menjadi kebiasaan mereka walaupun sebenarnya sikap tersebut tidak disenangi oleh kebanyakan ahli dan pemimpin PAS. Sikap yang tidak disenangi ini menyebabkan mereka akhirnya terpinggir dari PAS dan terpaksa menyertai UMNO.

Di dalam ceramah tersebut, mereka juga mempertikaikan Menteri Besar Kelantan yang telah menerima jemputan penduduk-penduduk Bukit Pelanduk setelah mereka ditipu dan dipermainkan oleh pemimpin BN. Selain itu, penceramah tersebut juga menyatakan bahawa cara hidup sederhana Menteri Besar Terengganu adalah suatu penipuan kerana menurutnya di sebalik rumah buruk Hj. Abd Hadi itu adalah rumah banglo yang besar. PAS tidak perlu memberi sebarang komen tentang perkara ini kerana rakyat masih boleh melihat sendiri rumah Menteri Besar Terengganu di Kampung Rusila yang tidak berubah sekian lama. Sehubungan dengan itu juga PAS menjemput dan mempelawa ahli-ahli UMNO untuk pergi sendiri ke Terengganu dan Kelantan untuk membuat perbandingan Menteri Besar UMNO dengan Menteri Besar PAS.

Kesimpulan yang dapat dibuat, UMNO masih gagal membuktikan kelemahan pimpinan PAS sebagai pemerintah di Kelantan dan Terengganu sehingga terpaksa meraban memaki dan mencerca peribadi kedua-dua menteri besar PAS.

Kembali