UMNO ditaja Penjajah Inggeris

Felda Taib Andak, 21 Jun, 2001. 

UMNO merupakan sebuah parti yang telah ditaja dan dirancang penubuhannya oleh Penjajah British bagi meneruskan agendanya. Perkara ini didedahkan oleh Raja Komando di dalam ceramahnya di sini bersama dengan ibu Sdr. Ezam Mohd Nor, Hjh. Aishah Osman. Menurutnya lagi, suatu perkara yang pelik apabila UMNO menggunakan bahasa Inggeris sebagai namanya sedangkan persatuan dan pertubuhan pejuang kemerdekaan dan penentang Inggeris lain sebelum UMNO semuanya menggunakan nama Melayu seperti PEKEMBAR, AKAR, API (Angkatan Pemuda Insaf), AWAS (Angkatan Wanita Sedar), KMM (Kesatuan Melayu Malaya) dan lain-lain lagi. UMNO sebenarnya ditubuhkan untuk diserahkan kemerdekaan Malaya dan bagi meneruskan dan mempertahankan sistem dan undang-undang British.

Menurut Raja Komando lagi, UMNO mengamalkan ajaran sesat apabila mengarahkan para Imam di Lunas berdoa dan melakukan solat hajat bagi memenangkan wakil BN yang beragama Kristian di DUN Lunas.

Raja Komando turut mempertikaikan cemuhan Mahathir kepada kerajaan BA di Kelantan dan Terengganu kerana tidak membelanasib umat Islam di Iraq dan Kosovo. Menurut Raja Komando Mahathir cuba untuk menutup kesalahannya yang lalu apabila beliau menandatangani sokongan terhadap serangan ke atas Iraq oleh PBB dalam tahun 1990. Lebih memalukan lagi, Mahathir mengkritik PAS Terengganu sebagai tidak membantu umat Islam di Kosovo sedangkan wang royalti minyak Terengganu telah dirompak oleh kerajaan BN.

Menurutnya lagi, UMNO sedang di dalam keadaan perpecahan yang amat parah apabila beliau telah dipanggil oleh Megat Junid untuk merancang suatu konspirasi bagi menjatuhkan Abdullah Badawi. Abdullah Badawi yang menguasai jentera polis dikatakan bersatu kekuatan dengan Muhyidin Yasin bagi menjatuhkan Mahathir. Mahathir pula dikatakan meraih bantuan Najib Tun Razak yang menguasai portfolio Pertahanan.
 

Kembali