Pembohongan di dalam Metro

Senai, 21 Mei, 2001.

Berita yang disiarkan di dalam Metro hari ini yang menyatakan bahawa remaja yang di tahan semasa Forum Perdana anjuran PAS Kawasan Senai di Taman Manis telah dikurung selama 2 jam adalah suatu penipuan. Cerita yang mengatakan remaja-remaja tersebut diserbu oleh 200 orang ahli pembangkang juga merupakan suatu pembohongan UMNO bagi menutup keaiban mereka setelah gagal melaksanakan rencana kotor mereka menggangu program PAS.

Remaja-remaja tersebut bukan sahaja menggangu ketenteraman awam, bahkan melakukan kesalahan lalulintas kerana mereka menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dan tidak mempunyai lesen memandu kerana mereka adalah dari kalangan remaja belasan tahun. Maklumat yang diterima mengatakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Rumah Awam Kelapa Sawit, Jafni Sukur, di sebut-sebut sebagai antara orang yang merancang kerja kotor tersebut.

Sikap ahli PAS yang telah membantu membawa keluar remaja yang cedera itu dari kawasan kejadian adalah untuk menyelamatkan keadaan agar tidak menjadi lebih tegang. Tindakan itu juga dibuat bagi mempastikan remaja tersebut tidak terlibat dengan kumpulan dan kerja-kerja yang tidak bertanggungjawab itu. Tambahan pula mereka percaya bahawa ibubapa remaja terbabit tidak mengetahui pengelibatan mereka di dalam kumpulan remaja bermotosikal pada malam itu.

Kemunculan Jafni dan Dr. Adham Baba di dalam kumpulan tersebut di Balai Polis menunjukkan mereka bertanggungjawab sepenuhnya di atas tindakan remaja terbabit. Ini membuktikan bahawa UMNO lah yang  sebenarnya golongan yang sering mempolitikkan pelajar di dalam meraih simpati dan sokongan. Dr. Adham sendiri antara tokoh UMNO yang tiada jawatan dalam kerajaan tetapi sering merasmikan mesyuarat-mesyuarat PIBG di sekolah-sekolah atas kapisitinya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Senai. Lebih malang lagi apabila ucapan yang disampaikan bukan menyentuh sangat soal pendidikan, tetapi lebih kepada kempen UMNO dan kempen peribadi beliau yang kononya sedang disebut-sebut akan menjadi Ketua Pemuda UMNO Johor dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia kerana Hishamuddin dikatakan tidak selesa dengan naibnya sekarang.

Lebih memualkan lagi apabila gurubesar sekolah terbabit sendiri menyebut soal UMNO di dalam mesyuarat PIBG yang mendapat reaksi kurang menyenangkan di kalangan ibubapa. Yang terbaru ialah yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Ramun yang melibatkan gurubesar sekolah terbabit yang aktif di dalam UMNO.

PAS Kawasan Senai dan komponen BA yang lain sedang merancang untuk menghantar memorandum bantahan kepada Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan atas campurtangan golongan politik secara terang-terangan di sekolah. 

metro.jpg (46354 bytes)
Berita yang tersiar di dalam Metro

Kembali