Make your own free website on Tripod.com

Sekreteriat BA Senai ditubuh

Senai, 20 Julai, 2001.

Faris - Setiausaha BA Senai

Barisan Alternatif Parlimen Senai kini mengorak langkah setapak lagi apabila berjaya menubuhkan Sekreteriat Barisan Alternatif Senai yang dianggotai oleh 15 orang wakil dari PAS, DAP dan ADIL. Sekreteriat ini telah sebulat suara melantik Sdr. Mohd Faris Mohd Salleh sebagai setiausaha.

Antara isu utama yang akan diketengahkan oleh sekreteriat BA ini ialah isu Tol Senai, isu permit ceramah dan isu-isu tempatan yang lain. Dalam masa yang sama kerjasama antara parti di dalam BA Senai dipertingkatkan lagi apabila semua parti bersepakat untuk bekerjasama di dalam setiap program anjuran mana-mana parti gabungan.

Pada masa ini BA Senai telah mengadakan gerakan memungut tandatangan membantah Tol Senai dari penduduk-penduduk di Parlimen Senai. Kira-kira 8000 tandatangan telah dikumpulkan dan ianya akan digandakan dalam beberapa minggu lagi. Selain itu semua parti diminta membuat penyelidikan mengenai masalah rakyat di Senai yang tidak mendapat layanan dan pembelaan yang sewajarnya dari kerajaan dan pihak berwajib.

Kembali