Gangguan ke atas Forum Perdana digagalkan

Senai, 19 Mei, 2001.

Setelah pecahnya perbuatan keji Pemuda UMNO mensabotaj poster-poster ceramah BA, Pemuda UMNO sekali lagi membuat cubaan mengganggu program PAS. Peristiwa terbaru ialah yang berlaku di Taman Manis, Kulai di mana berlangsungnya Forum Perdana anjuran PAS Kawasan Senai. Forum yang bertajuk "Batas-batas Iman dan Kufur" itu mengenengahkan ahli-ahli panel termasuk Dato' Ishak Bahrom (bekas mufti Selangor), Us. Abdullah Husin (Ketua Dewan Ulamak PAS Johor) dan Us. Razali Jamil Al-Hafiz (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Johor).

abdullah-husin2.jpg (6941 bytes) ishakbahrom.JPG (8994 bytes) razali-jamil.jpg (5479 bytes)

Ahli Panel Forum Perdana di Taman Manis; Us. Abdullah Husin, Dato' Ishak Bahrom dan Us Razali Jamil Al-Hafiz.

Menurut maklumat yang disampaikan, 15 buah motosikal yang membawa remaja yang membawa bendera UMNO telah cuba berarak ke arah tempat di mana forum sedang diadakan. Mungkin nasib mereka kurang baik apabila mereka telah ditahan oleh sekumpulan yang hadir di dalam forum tersebut dan salah seorang remaja tersebut telah ditampar dan yang lain-lainnya melarikan diri. Petugas PAS segera menyelamatkan keadaan dengan membawa pemuda malang itu keluar dari kawasan tersebut. Apabila ditanya, remaja tersebut mengaku mendapat upah dan menunjukkan rumah di mana mereka mula berkumpul, iaitu salah seorang AJK UMNO Bahagian Senai. Petugas-petugas PAS kemudiannya menghantar remaja tersebut ke rumahnya.

Sdr. Mazlan Aliman, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Senai yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Johor, kesal dengan tindakan biadab pemuda UMNO walaupun sebelum ini Dr. Adham telah memberikan jaminannya bahawa mereka tidak akan lagi mengganggu program PAS. Seterusnya beliau meminta pihak Polis yang bertugas agar memantau tindakan pemuda UMNO terutamanya bagi program ceramah berikutnya di Felda Bukit Besar pada 20 Mei, 2001.

Sehingga kini petugas PAS belum dapat mengenalpasti siapakah yang bertanggungjawab menampar remaja tersebut. Maklumat yang diterima, pemuda UMNO telah membuat laporan di Balai Polis Kulai berikutan insiden tersebut.

Kembali