Make your own free website on Tripod.com

Pelancaran Pemuda BA Johor Berjaya

Simpang Renggam, 12 Julai, 2001

faizal.jpg (10515 bytes)
Faizal-Kerajaan tak ada bukti
gobala.jpg (8664 bytes)
Gobala sertai "KMM"
isteri-norashid.jpg (9025 bytes)

Isteri Us. Norashid minta suaminya dibebas atau dibicarakan

teng.jpg (8940 bytes)
YB Teng pertikai kejujuran pemimpin UMNO
mahfuz.jpg (9712 bytes)
YB Mahfuz Omar sebelum berceramah

Pemuda Barisan Alternatif Negeri Johor telah berjaya dilancarkan tanpa sebarang insiden atau gangguan yang tidak diingini. Semua pimpinan utama Pemuda Barisan Alternatif di peringkat pusat telah hadir di dalam majlis pelancaran tersebut yang diadakan di Markas PAS Kampung Shaari, Simpang Renggam, Johor. PAS telah diwakili oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, YB. Mahfuz Omar. Keadilan pula diwakilkan kepada N. Gobalakrishnan. YB Teng Chang Kim pula mewakili DAP dan Faizal Sanusi mewakili PRM.

Program telah bermula pada waktu petang lagi di mana semua pemimpin pemuda BA telah turun menemui orang ramai menyebarkan risalah menentang ISA. Mereka juga berkesempatan menziarahi keluarga Us Norashid Hj Sakib yang telah menjadi mangsa ISA di Madrasah Al-Masriyyah.

Di dalam ceramahnya Faizal Sanusi mencabar kerajaan agar membicarakan rakan-rakan BA yang di tahan di bawah ISA kiranya dakwaan kerajaan punya bukti kukuh pengelibatan mereka di dalam usaha mengancam keamanan negara. YB Teng pula mengulas bagaimana Dr Mahathir kini menjadi orang yang tidak sedar diri bahawa beliau sudah begitu dibenci oleh sebahagian besar rakyat yang tidak berkepentingan. Beliau juga menyebut perangai suka menipu pemimpin UMNO sehingga terbawa-bawa di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri. Menurutnya terdapat seorang ADUN yang menyebut bahawa beliau pernah bersembahyang di masjid KLIA bersama beribu-ribu sedangkan sebenarnya pada masa itu masjid tersebut belum digunakan lagi.

Gobalakrishnan pula antara penceramah yang paling mendapat perhatian. Di dalam ceramahnya beliau bersumpah bahawa beliau terlibat dengan KMM (Kumpulan Menentang Mahathir). Beliau juga menegaskan segala perancangan kerajaan BN yang gagal untuk terus menahan beliau di bawah ISA apabila hakim telah membebaskan beliau tanpa syarat. Beliau turut membaca sepotong ayat al-Qur'an yang bermaksud "Mereka merancang dan Allah juga merancang. Tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang." Menyentuh mengenai ISA, beliau memberitahu hadirin bagaimana selama tempoh penahanan beliau, beliau tidak tahu apa sebenarnya tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Menurutnya, sebenarnya penahanan ISA adalah suatu cubaan untuk melemahkan BA walaupun sebenarnya kerajaan tidak punya bukti langsung selain bukti yang diadaka-adakan.

Di dalam majlis itu juga isteri kepada Us. Norashid Hj Sakib yang ditahan di bawah ISA turut memberikan ucapan. Beliau menceritakan kronologi penangkapan suaminya dan keadaan anak-anaknya semasa ketiadaan suaminya. Beliau mencabar kerajaan agar membebaskan atau mendakwa suaminya di mahkamah kiranya dakwaan kerajaan mengenai pengelibatan suaminya di dalam KMM seperti yang didakwa oleh Ahmad Badawi. Beliau juga merayu agar suaminya diberi peluang mendapatkan rawatan kerana suaminya sedang menghidap penyakit batu karang dan memerlukan lawatan ke hospital secara berjadual.

YB Mahfuz di dalam ceramahnya pula mendedahkan ketakutan di pihak pemimpin BN apabila rakyat sudah berduyun-duyun menolak kerajaan BN. Ia terbukti apabila kerajaan terpaksa menggunakan pihak polis untuk berhadapan dengan PAS dan parti-parti BA yang lain. Pembekuan semua permit ceramah, pengharaman penjualan VCD secara terbuka, penggunaan ISA ke atas pendukung dan penyokong BA dan lain-lain usaha jahat yang berterusan adalah bukti kebimbangan UMNo dan BN.

Majlis tersebut berjalan dengan lancar walaupun terdapat bilangan pihak polis yang begitu ramai. Sekatan jalan juga dibuat di laluan masuk ke markas tersebut. Walau bagaimanapun pihak polis tidak membuat sebarang percubaan untuk mengganggu ceramah pada malam tersebut. Kutipan derma dua kali juga seperti sudah difahami oleh para hadirin yang terus memberikan sumbangan. Para petugas yang cukup ramai mengawal ketat setiap bahagian pagar markas itu selain hadangan kenderaan-kenderaan yang dibariskan di sepanjang pagar. Kira-kira 2000 orang membanjiri ceramah tersebut walaupun dengan kehadiran polis sehingga tamat program.

Kembali