Make your own free website on Tripod.com

Ceramah dihalang, penceramah ditangkap sebelum berceramah

Senai, 12 Julai, 2001.

Us Ismail Dagang (tengah)

YDP PAS Senai (berkopiah)

Emran dan Aminuddin (berkopiah)

ismail.jpg (15586 bytes)

Ismail-ditahan kerana bertakbir

faridz.jpg (11609 bytes)

Faridz-Terakhir keluar

Selepas gagal di dalam cubaan pertama, polis telah melakukan operasi kedua di dalam ceramah PAS di Taman Aman. Di dalam cubaan pertama pada 1 Julai, 2001, pihak polis telah gagal menangkap Dr. Hasan Ali dan Dr. Mariah yang menjadi panel Forum Perdana di Taman Universiti, Skudai. Di dalam operasi kali ini hasilnya jauh berbeza kerana 15 orang telah dapat ditahan. Ketua Polis Johor Bahru, Abu Bakar Said, tentunya berbangga dengan prestasi anggotanya kali ini setelah dimalukan buat kali pertama di Taman Universiti. Pihak polis dikatakan bertindak agak luarbiasa kebelakangan ini dengan cubaan-cubaan penagkapan. Sebelum ini semua ceramah dapat juga dijalankan walaupun tanpa permit. Kebelakangan ini tiada permit dikeluarkan oleh polis Johor Baharu untuk semua program BA di kawasan ini walaupun semua syarat permohonan dipenuhi. Kawasan Abu Bakar Said kini dikenali sebagai "kawasan larangan program BA".

Tiga trak FRU dan berpuluh-puluh anggota polis lengkap dengan "water cannon" telah berkawal awal di perkarangan PASTI Al-Hikmah di mana ceramah oleh Us. Ismail Che Dagang, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, dijadualkan akan di adakan. Us. Ismail Che Dagang, yang sebelumnya memberikan kuliah maghrib di surau Taman Aman, tiba awal di tempat ceramah akan diadakan dan duduk bersama pemimpin PAS Kawasan Senai. Pihak polis telah memberikan amaran untuk menghentikan ceramah dalam masa 10 minit. Amaran dibuat semasa Sdr. Emran Kammin sedang berucap. Walau bagaimanapun hanya kira-kira 6 minit selepas amaran dibuat, polis mula merempuh pintu pagar PASTI Al-Hikmah dan meminta Us. Ismail Che Dagang untuk mengikut pihak polis ke Balai Polis Senai. Sdr Aminuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS Kawasan Senai minta berunding dengan ASP Yusuf kerana masa 10 minit yang diberi belum tamat. Walau bagaimanapun ASP Yusuf dan beberapa pegawai polis lain berkeras dan memberi amaran kepada Aminuddin bahawa beliau akan di tuduh menghalang tugas polis.

Semua yang hadir di dalam kawasan pagar PASTI tersebut telah ditahan. Walau bagaimanapun beberapa orang lain yang berada di luar kawasan pagar turut di tahan. Antaranya, Sdr Ismail Mohamad, di tahan kerana bertakbir semasa kekecohan berlaku. Semua 15 orang yang ditangkap telah dibawa ke Balai Polis Senai di dalam beberapa kenderaan yang berasingan kira-kira jam 10.30 malam. Us. Ismail Che Dagang, yang datang dari Terengganu dengan kenderaan Mercedes Benz bersama pemandu dan rakannya, telah dibawa ke balai dengan sebuah kenderaan Perodua Kancil Polis. Beberapa orang pemimpin UMNO Bahagian Senai dilihat berlegar-legar dengan kenderaan mewah mereka di kawasan tersebut selepas mereka yang ditahan di bawa ke balai. Sejumlah besar anggota polis lain masih berkawal di kawasan tersebut selepas itu.

Di Balai Polis Senai, suasananya agak riuh apabila semua 15 orang yang di tahan sampai. Kesemua mereka telah dikumpulkan di dalam bilik mesyuarat balai polis tersebut. Oleh kerana mengikut prosedur polis hanya seorang pegawai penyiasat sahaja dibenarkan mengambil keterangan atas seorang individu, pegawai-pegawai penyiasat lain terpaksa dikerah dari balai-balai polis lain untuk mengambil keterangan di Balai Polis Senai. Keadaan ini menyebabkan ada di antara yang ditahan terpaksa menunggu agak lama kerana mananti kedatangan pegawai penyiasat yang mengambil keterangan mereka.

Berpuluh-puluh ahli dan penyokong PAS telah turut hadir di Balai Polis Senai begi memberikan sokongan moral. Antaranya ialah Sdr. Mazlan Aliman (Ketua Pemuda PAS Johor), Sdr. Zulkifli Ahmad (Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor), Hj. Aminolhuda Hasan (Ketua Penerangan PAS Johor), Sdr. Onn Jaafar (Ketua Pemuda PAS Johor Bahru), Sdr. Zaaba Ibrahim (Ketua Pemuda PAS Pulai), Sdr. Syed Abdullah (Ketua Pemuda PAS Tebrau), Sdr. Hatta Khalik (Naib Ketua Keadilan bahagian Senai), Sdr. Hafizuddin Abdullah (Setiausaha Keadilan Bahagian Senai) dan lain-lain kepimpinan PAS Senai dan kawasan lain.

Semua yang ditahan telah diambil keterangan dan dibebaskan dengan seorang penjamin. Mereka diminta hadir ke Mahkamah Sesyen Kulai pada 26 Julai, 2001. Mereka ialah Us. Ismail Che Dagang, Hj. Hasan Husin (YDP PAS Senai), Faridz Salleh (Setiausaha), Aminuddin Ayub (Ketua Penerangan), Rosudin Awang (Bendahari), Ismail Mohamad (AJK), Mohd Soleh Ismail (AJK), Emran Kammin (Ketua Pemuda), Mohd Nor Hamid (Naib Ketua Pemuda), Wan Razali Wan Din (Setiausaha Pemuda), Mohd Najib Abd Aziz (Ketua Penerangan Pemuda), Zailani Omar (AJK Pemuda), Azman Jamil (AJK Pemuda), Abd Aziz Jaafar (AJK Pemuda) dan Zulkarnain Kemin (AJK Pemuda). Setiap mereka dibebaskan dan disambut dengan laungan takbir dan Sdr. Faridz adalah orang terakhir dibebaskan. Semua yang hadir meninggalkan balai polis tersebut kira-kira jam 2.00 pagi.

Kembali