Make your own free website on Tripod.com
Kontrovesi Rumah Haji Hadi Terjawab

Senai, 10 Jun, 2001.

Kontrovesi mengenai rumah peribadi YAB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Terengganu yang digembar-gemburkan oleh penceramah UMNO di dalam beberapa siri ceramah di Senai kini terjawab. Antara isu yang ditimbulkan oleh penceramah UMNO ialah kononya Hj. Hadi tinggal di kediaman peribadinya yang dikatakan sebagai sebuah banglo mewah di Kampung Rusila, Marang, Terengganu.

Di sini kami siarkan rupa sebenar "banglo" yang disebut oleh penceramah UMNO itu dari 3 sudut yang berlainan. Rumah ini diwarisi Hj. Hadi dari arwah bapanya yang juga merupakan ulamak terkenal di Terengganu. Cuba bandingkan rumah ini dengan kediaman pemimpin UMNO termasuk di peringkat bahagian atau cawangan.

Orang ramai boleh berkunjung ke Rusila untuk melihat sendiri rumah tersebut.

rumah-hj-hadi1.JPG (34500 bytes)

rumah-hj-hadi2.JPG (29891 bytes)

rumah-hj-hadi3.JPG (29745 bytes)

Kembali