Make your own free website on Tripod.com

Sambutan Maulidurrasul PASTI Senai mendapat sambutan

Senai, 08 Julai, 2001.

Perarakan bermula

Persembahan nasyid

Sajak dan bercerita

Us. Bakar Lajat

PASTI Kawasan Senai telah mengadakan sambutan Maulidurrasul yang telah bermula seawal jam 8.30 pagi. Program bermula dengan perarakan yang telah disertai kira-kira 300 orang termasuk sebahagian pelajar-pelajar PASTI. Perarakan telah bermula dari Masjid Bandar Senai dan berakhir di PASTI Taman Senai Utama.

Beberapa acara telah diatur di dalam majlis tersebut termasuk persembahan nasyid, mendeklamasi sajak dan bercerita oleh pelajar-pelajar PASTI. Selepas itu hadirin telah diperdengarkan dengan ceramah Maulidurrasul oleh penceramah jemputan, Us. Abu Bakar Lajat, Pengerusi Lujnah Tarbiyyah PAS Johor.

Sebanyak 3 ekor kambing telah disumbangkan oleh beberapa orang selain sumbangan beras dan lain-lain. Sumbangan ini telah dijadikan jamuan untuk seluruh peserta perarakan serta penduduk-penduduk berhampiran dengan PASTI Taman Senai Utama.

 

Kembali