Reben kuning tanda kebebasan akhbar

Kulai, 06 Julai, 2001.

Lim Kit Siang berucap

Wakil "Selamatkan SRJKC Damansara"

Chuang Tee Peng - motivasi

Emran - bantah tol

DAP Cawangan Bandar Kulai telah melancarkan kempen membantah pengambil-alihan akhbar Nanyang Siang Pau dan China Press oleh MCA. Kempen ini telah dirasmikan oleh Pengerusi DAP Malaysia, En. Lim Kit Siang. Selain Lim, turut hadir di dalam kempen tersebut ialah wakil jawatankuasa kempen pertahankan SRJKC Damansara dan pakar motivasi dari New Horizon College, En. Chuang Tee Peng. Turut memberi ucapan ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Senai, Sdr. Emran Kammin.

Ceramah yang kebanyakannya disampaikan dalam bahasa mandarin banyak berkisar mengenai isu pergolakan di dalam MCA dan UMNO. En. Lim mendedahkan bagaimana pelbagai isu dicipta oleh BN untuk menutup segala kepincangan mereka. Selain itu hadirin, yang kira-kira 200 orang, diingatkan tentang kesan buruk pengambil-alihan kedua-dua akhbar cina tersebut.

Sdr. Emran Kammin pula meminta rakyat di Senai terus memberikan penentangan dan bantahan kepada konsesi tol Senai yang sangat membebankan rakyat walaupun jalanraya Kulai-Senai berada dalam keadaan sangat dhaif sehingga mengorbankan nyawa pengguna jalanraya. Selain itu, beliau meminta masyarakat Cina tidak termakan tohmahan dan propaganda MCA dan UMNO yang memfitnah bahawa PAS akan menindas kaum Cina dan agama mereka kiranya memerintah Malaysia.

Kertas kempen memakai reben kuning telah diedarkan kepada orang ramai. Antara kandungan kempen tersebut berbunyi :

Kalau anda bersetuju bahawa :

Sila pakai Reben Kuning di atas tangan, di depan dada, di atas kereta atau motosikal, beg tangan dan sebagainya.

Biar reben kuning meluahkan suara untuk menuntut kebebasan akhbar.

Biar kita usaha hari ini, lebih baik dari sesal kemudian.

Kembali