Make your own free website on Tripod.com

Solat Hajat berterusan hadapi kerenah Polis

Senai, 04 Sept, 2001.

Selaras dengan arahan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, PAS di seluruh negeri Johor dijangka mengadakan solat hajat berterusan bagi menghadapi tekanan yang dikenakan ke atas PAS terutama oleh pihak polis. Arahan menyeluruh ini dilakukan apabila pihak polis bertindak semakin ganas seolah-olah PAS adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak boleh mengadakan sebarang aktiviti. Akhir-akhir ini PAS langsung tidak diberi ruang mengadakan ceramahnya yang selama ini tidak menimbukan sebarang masalah.

Arahan kali ini meminta agar disebut nama secara terang mereka yang dikatakan menjadi pihak yang sengaja memberi tekanan kepada PAS di dalam solat hajat tersebut. Arahan ini dijangka akan disambut baik oleh semua ahli dan penyokong BA bagi meneruskan usaha mengadakan ceramah dan penerangan kepada rakyat. Senai adalah antara kawasan yang dikenalpasti sering menjadi sasaran pihak polis terutama bagi menghalang ceramah PAS dari diadakan. Selain Senai, PAS Kawasan Batu Pahat, Sri Gading, Parit Sulong, Pulai dan Gelang Patah turut sering menjadi sasaran tindakan polis. Sikap Ketua Polis Daerah Batu Pahat dan Johor Baharu dan timbalan mereka dikenalpasti sebagai punca kesukaran mengadakan ceramah di tempat-tempat tersebut.

Pemimpin UMNO Bahagian juga dikenalpasti sebagai faktor cubaan melumpuhkan semua ceramah PAS menggunakan pasukan polis. Sesetengah pegawai polis yang mengaku menjadi ahli UMNO tidak segan silu mengaku diarahkan oleh Ketua Bahagian UMNO untuk menghentikan semua ceramah PAS.

Solat hajat turut dilaksanakan di seluruh negara sebelum ini. Di Kota Bharu, Mursyidul Am PAS, YAB Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz, pernah mengarahkan suatu solat hajat diadakan di Stadium Kota Bharu pada jam 4.00 pagi dan meminta agar semua yang bersolat menyebutkan di dalam solat dan doa nama mereka yang menjadi petualang kepada kerajaan PAS di Kelantan.

Kembali