Make your own free website on Tripod.com

Projek persimpangan Kulai sukarkan pengguna jalanraya

Kulai, 02 Sept, 2001.

Para pengguna jalanraya kesal dengan projek menaiktaraf persimpangan Kulai-Kota Tinggi yang tidak diselenggara dengan baik. Pengguna jalanraya yang datang dari arah Kota Tinggi yang mahu menuju ke Sedenak/Utara sukar berbuat demikian apabila mereka tidak boleh membelok ke kanan di persimpangan tersebut. Ianya disukarkan lagi apabila tiada jalan alternatif yang sempurna dibuat untuk laluan tersebut. Ini menyebabkan kesesakan yang teruk apabila kebanyakan kenderaan yang ingin ke Utara membuat pusingan "U" di tengah jalan atau di stesen minyak Shell.

Kebanyakan pengguna jalanraya tersebut hairan, kerana terdapat 2 jambatan yang dibina, jambatan merentangi sungai tersebut siap jauh lebih awal berbanding dengan jambatan kedua dan jalan yang menghubungkannya yang masih lagi dalam pembinaan. Kos pembinaan kedua-dua jambatan tersebut yang bernilai RM 18 juta seperti yang diumumkan Ahli Parlimen Senai juga mengejutkan banyak pihak.

Sekreteriat Barisan Alternatif Senai sering menerima rungutan orang ramai mengenai perkara ini dan diminta berbuat sesuatu. Sehubungan dengan itu, sepucuk surat telah dihantar kepada Pengarah JKR Negeri bagi mendapatkan penjelasan berhubung dengan projek tersebut.

Kembali