Make your own free website on Tripod.com

Program Jabatan Pendidikan bersama UMNO dipersoal

Kulai, 02 Sept, 2001.

Beberapa orang ibubapa tertanya-tanya apabila Jabatan Pendidikan Daerah Kulai mengadakan program motivasi jabatan tersebut bersama UMNO untuk pelajar-pelajar sekolah rendah di beberapa Felda dan diadakan di Dewan Sungai Sayong. Barisan Alternatif Senai juga sedang memantau perkembangan tersebut dan merancang untuk mengadakan pertemuan dengan Pengarah Pendidikan Daerah Kulai bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara tersebut.

Sekiranya program tersebut sengaja diadakan bagi memulihkan imej UMNO yang semakin teruk, maka ia merupakan suatu perkara yang bertentangan dengan arahan Kementerian Pendidikan sendiri yang tidak membenarkan mana-mana parti politik campurtangan di dalam urusan pendidikan di sekolah-sekolah.

Peristiwa terbaru berlaku apabila UMNO mengadakan program motivasinya dengan kerjasama sekolah dan jabatan pendidikan di Felda Sungai Sayong yang dihadiri oleh Ketua Bahagian UMNO Senai. Sebelum itu, terdapat juga sekolah yang menjemput Dr. Adham Baba, Ketua Pemuda UMNO Senai merasmikan mesyuarat PIBG di sekolah terbabit. Selain itu, Pemuda UMNO juga dikatakan sering mengadakan kem motivasi dengan kerjasama sekolah-sekolah yang diadakan di Kem Kaizen, Gunung Pulai yang juga dimiliki oleh seorang AJK UMNO.

Kembali