Make your own free website on Tripod.com

Akta Polis atau Akta UMNO

Senai, 01 Sept, 2001.

mazlancolor-s.jpg (5106 bytes)

Mazlan - pertikai sikap polis

Alasan menyuraikan perhimpunan dan ceramah mengikut Akta Polis di seluruh negeri Johor mula diragui. Ini kerana terdapat banyak program anjuran UMNO yang dibuat secara terbuka di tempat awam dibaiarkan oleh polis tanpa gangguan termasuk di daerah-daerah di mana pihak polis tidak mengeluarkan sebarang permit untuk program pembangkang. Banyak bukti menunjukkan sikap double-standard pihak polis terhadap perlaksanaan Akta Polis yang sering digunakan ke atas pembangkang. Antara yang paling nyata ialah penggunaan kawasan awam di Lagun Putri, Johor Bahru untuk pelancaran Putri UMNO negeri Johor. Ada sesetengah ahli masyarakat yang menyatakan, polis bukannya bertindak mengikut Akta Polis, tapi lebih kepada "Akta UMNO". Buktinya, kalau benar Akta Polis digunakan, tentulah bukan BA sahaja yang sukar mengadakan perhimpunan, bahkan parti-parti kerajaan juga sepatutnya sukar mengadakan perhimpunan.

Peristiwa terbaru yang berlaku pada 31 Ogos di Taman Senai Utama, pihak polis bukan setakat menggantung kain rentang "Ceramah ini tidak mendapat permit" bahkan telah menghalau hadirin yang hadir untuk mendengar ceramah. Pihak polis juga mengugut akan memotong rantai pagar PASTI Taman Senai Utama bagi menyuraikan hadirin yang berada di dalam kawasan pagar PASTI. Tindakan angkuh polis itu dipertikaikan oleh Sdr Mazlan Aliman, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, yang cuba menghalang pencerobohan polis terhadap premis PAS itu. Apabila ditanya di mana PAS patut mengadakan ceramahnya, mereka menyatakan "di dewan". Apabila disoal balas oleh Mazlan, adakah pihak polis sanggup mengeluarkan surat sokongan apabila diminta, pihak polis hanya mendiamkan diri.

Menurut Mazlan, sudah menjadi sikap polis yang mengemukakan pelbagai dalih dengan alasan undang-undang bagi menggagalkan ceramah pembangkang. Di Batu Pahat, polis telah mengugut pihak hotel agar tidak membenarkan program PAS dijalankan di premis mereka sedangkan ia adalah dewan tertutup. Kesanggupan pihak polis untuk mengeluarkan surat sokongan terhadap penggunaan dewan awam untuk program BA turut diragui.

Kembali