Dr. Hasan Ali nyaris ditangkap

Dr. Hasan Ali, jadi sasaran polis

Laporan dari Zaza, Skudai

Pada hari ahad 1/7/2001 penduduk Taman Universiti, Skudai merasa gempar dengan kehadiran pihak polis yang begitu ramai di sekitar tempat Forum Perdana Ehwal Islam yang diadakan di Jalan Kemuliaan, Taman Universiti anjuran Dewan PemudaPAS Gelang Patah. Daripada anggaran yang dibuat anggota keselamatan yang bertugas pada malam itu adalah 60-80 anggota polis biasa, 20-30 anggota polis berpangkat, 60-80 anggota FRU, 2 trak FRU, 1 land-rover FRU, 1 trak polis, 1van black Maria(besar), beberapa kenderaan peronda polis dan berpuluh angota SB mengawasi perjalanan Forum pada masa itu yang dimulakan pada pukul 9.45 malam. Pihak pengganjur yang menghidu sedari awal tindakan polis ini telah memulakan majlis ini dengan solat isyak dan solat hajat berjemaah di tengah-tengah padang sebelum memulakan majlis.

Panel Forum Perdana ini adalah Dr. Hassan Ali (NaibPresiden PAS Pusat), Dr. Mariah Mahmud (AJK PAS Pusat), Ustaz Ostadi Othman (Tokoh pendidik). Kehadiran pada malam itu adalah sekitar 1000-1500 orang. Majlis dimulakan dengan penuh harmoni tetapi akibat gangguan pihak polis maka majlis ini diakhiri dengan suasana kelam-kabut. Berikut adalah kronologi peristiwa yang menggemparkan ini (masa yang disebutkan adalah anggaran sahaja):

1/7/2001(Ahad)1.00 – 6.00 pm Berapa peronda polis dan SB berlegar-legar dikawasan tapak Forum Perdana, Jalan Kemuliaan, Taman Universiti.6.00 pm 2 buah trak FRU, sebuah land-rover FRU, sebuah van black maria berada di hadapan Balai Polis Skudai, bersiap sedia untuk bergerak ke Taman Universiti, Skudai.

9.00 pm Sebuah trak polis dan sebuah van back maria yang dipenuhi anggota polis sampai di kawasan tapak forum. Mereka turun dan mengepung kawasan sekitar tempat forum.

9.20 pm Solat Isyak dan solat hajat dimulakan oleh penganjur9.35 pm ASP Yusof dan OCS Skuadai – Hasani bertemu dengan pihak penganjur memberi amaran agar memberhentikan majlis tanpa permit ini. Pihak penganjur mengemukakan persoalan kepada pihak polis agar memberikan cadangan suatu tempat di Gelang Patah yang mana tempat itu boleh diluluskan oleh pihak polis untuk menganjurkan ceramah. Tetapi ASP Yusof menidakkan hak-hak demokrasi dengan menjelaskan bahawa tidak ada tempat yang dibolehkan mengadakan ceramah di kawasan Gelang Patah. Pertengkaran berlaku sekitar 10 minit.

9.45 pm Majlis Forum Perdana Ehwal Islam dimulakan. Majlis berjalan lancar. Kutipan derma dapat berjalan dengan lancar. Penonton dapat mendengar forum degan selesa dan mereka mengajukan beberapa soalan dengan selesa.

11.20 pm Kehadiran FRU menggunakan sebuah trak polis. Mereka mendapat taklimat daripada pegawai bertugas lebih kurang 500m dari pentas forum. Anggota polis biasa dan berpangkat mula mengepung kawasan sekitar pentas forum.

11.30 pm 2 buah trak FRU sampai di tapak Forum dan sebuah van black Mariamembetulkan posisinya bagi memudahkan usaha tangkapan dibuat. Sesiapa yang duduk berhampiran pentas pasti dalam melihat trak FRU ini dengan jelas.

11.35 pm 100 orang ahli PAS mula membuat ribat(mencantumkan sesama lengan)

11.40 pm Kelihatan 20 angota polis mula bergerak menghampiri pentas ceramah.Jelas kelihatan seorang angota polis wanita bergerak melepasi longkang menuju kepentas ceramah. Ini jelas membuktikan anggota polis tersebut hendak menangkap Dr. Mariah Mahmood. Lain-lain anggota FRU dan polis mula menghampiri pentas Forum.

11.45 Ribat ahli PAS di perkuatkan lagi, forum dihentikan serta-merta, suasana menjadi kelam kabut, semua hadirin berdiri terkejut sambil berselawat dan bertakbir dengan penuh semangat, lampu pentas dimatikan, semua panel diturunkan dari pentas oleh pihak penganjur, semua panel forum di kepung oleh ribat ahli PAS lalu dilarikan ke kawasan gerai, seramai 20 – 40 orang anggota polis mengejar kumpulan ini, sekitar 2 minit semua ahli panel dapat di larikan olehpetugas PAS dengan sebuah kereta keluar daripada Taman Universiti. Anggota polis yang merasa kecewa tidak dapat menangkap Dato’ Dr. Hassan Ali dan rakan-rakanya telah mengeluarkan kata-kata provokasi “Pecahkannnnn Cermin Keretaaaaa!!!”, “Pecahkannnnn Cermin Keretaaaaa!!!”. Terdapat beberapa orang anggota polis yang terjatuh di dalam longkang semasa kejar-mengejar itu. Alhamdulillah tiada sebarang tangkapan berjaya dibuat oleh pihak polis.

2/7/2001 (Isnin) 12.15 am Anggota polis dan FRU yang berkepung di sekitar pentas bergerak beransur-ansur meninggalkan pentas.2.00 am Dato’ Dr. Hassan Ali dan Dr. Mariah Mahmud dihantar pulang ke Kuala Lumpur dengan segera…

Kembali