sideknor.jpg (7585 bytes)

UMNO tidak mampu berhujah

Felda Sg. Sayong, 25 Nov, 2000. Us. Sidek Nor, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak yang pernah dipenjara di bawah ISA selama 5 tahun, telah menceritakan bagaimana seorang lelaki yang dikenali sebagai seorang yang baik oleh gurunya telah murtad di saat matinya. Ia disebabkan pada masa hidupnya dia pernah melakukan 3 perkara yang di antaranya ialah minum semangkuk arak dalam masa setahun.

Us. Sidek bertanya kalau seorang yang hanya minum arak semangkuk setahun pun masuk neraka, bagaimana pula orang yang minum hari-hari. Bagaimana pula orang yang menjual arak kerana dia penyebab ramai orang minum arak. Bagaimana pula orang yang mendirikan kilang arak kerana kerana kilangnyalah ramai orang menjual arak. Bagaimana pula orang yang meluluskan kilang arak kerana kelulusannyalah  kilang arak didirikan dengan banyaknya. Bagaimana pula orang yang memilih pemimpin yang meluluskan kilang arak.

Mengenai ada pemimpin UMNO yang mengatakan bahawa kerajaan meluluskan pusat-pusat arak bagi mengawal agar arak tidak diminum secara bebas. Katan mereka, ia sama seperti tandas yang didirikan supaya orang tidak membuang air di merata tempat. Hujah ini dipertikaikan oleh Us. Sidek Nor kerana kias hanya boleh digunakan bagi benda yang sama hukumnya. Dalam hal ini, buang air adalah perkara harus, maka ia tidak boleh disamakan dengan minum arak yang haram.