UMNO semakin nazak

Felda Bukit Batu, Kulai, 23 Mei.....Pakar Motivasi terkemuka, Dato' Dr. Hassan Mohd Ali, yang kini menjadi ahli Parlimen PAS bagi kawasan Parit Buntar menggambarkan UMNO kini semakin nazak dan bakal berkubur. Beliau turut meramalkan UMNO di Johor khususnya akan bergolak dengan hebat lanjutan daripada pemilihan jawatankuasa tertinggi parti itu baru-baru ini yang memperlihatkan Menteri Besar Johor gagal meraih kerusi Naib Presiden sebaliknya dimenangi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, pencabar beliau dari negeri yang sama walaupun pada peringkat awal Muhyiddin seolah-olah disekat dari dicalonkan oleh bahagian-bahagian di Johor.

"Tengoklah dalam sebulan dua ini, satu pergolakan hebat akan berlaku dalam UMNO di Johor..." katanya.

Dengan nada yakin, beliau menegaskan tidak mustahil dalam Pilihanraya Umum 2004 Johor akan diperintah oleh Barisan Alternatif selepas Kedah, Pahang, dan Perlis.