UMNO ganggu periuk nasi orang

15 April...Ramai terkejut dengan berita yang dipaparkan oleh akhbar mengenai seorang lelaki yang dikatakan "penyokong PAS" telah memukul penyokong UMNO di Pahang. Menurut maklumat yang diterima kejadian ini adalah ekoran tindakan biadab seorang pemimpin UMNO tempatan yang bertindak mengugut majikan "penyokong PAS" tersebut agar memberhentikannya kerana didapati menyokong pembangkang.

Tindakan tersebut telah menimbulkan kemarahan orang yang dikatakan sebagai "penyokong PAS" yang terlibat dan bertindak memukul pemimpin UMNO yang biadab dan tidak bermoral itu. Ini adalah satu contoh bagaimana UMNO menggunakan cara yang tidak demokratik untuk menekan penyokong BA. Soal periuk nasi adalah soal hak individu yang tidak boleh dikaitkan dengan fahaman politik. Sesiapa saja berhak mempertahankan periuk nasi mereka tidak mengira samada dia penyokong kerajaan atau pembangkang.