Terbelakah Islam di Malaysia?

Senai, 19 April.....Dalam sesi soal jawab Forum Perdana di sini, Us Ahmad Awang yang ditanya mengenai kenyataan Mahathir di dalam Far Eastern Economic Review bahawa beliau adalah "Mahafiraun". Us. Ahmad Awang menjawab sekiranya kenyataan Mahathir itu diluahkan dalam keadaan dia sedar siapa Firaun sebenarnya maka dia adalah "Mahafiraun" yang lebih teruk dari Firaun seperti yang diakuinya dan orang yang menyokong dia adalah orang yang menyokong "Mahafiraun". Kenyataan Mahathir supaya al-Qur'an ditafsir semula adalah disebabkan Mahathir tidak gembira dengan kebanyakan tafsir yang nyata tidak menyokong tindak-tanduk kerajaan Barisan Nasional.

Walau bagaimanapun tiada sebarang tindakan dari Pusat Islam mengenai saranan Dr. Mahathir itu kerana tiada pegawai yang berani berbuat demikian walaupun sudah 7 tahun kenyataan itu dibuat. Kenyataan biadab Mahathir di Malaysia Hall, London bahawa "orang Melayu tidak makan babi bukan kerana mereka Islam tetapi kerana mereka dididik dari kecil bahawa babi itu kotor dan jijik" juga disangkal. Menurut Us. Abas, babi dan arak mempunyai hukum yang sama. Kalau betul kenyataan Mahathir itu mengapa kebanyakan orang Melayu menolak arak sama seperti mereka menolak sedangkan arak itu dari segi zahirnya tidak nampak kotor dan jijik.

Us. Abas menyatakan bahawa sikap Mahathir adalah sama seperti sikap Kamal Athartuk, Turki yang berjaya mendidik orang Turki minum arak seperti orang Malaysia minum teh tarik. Dr. Lo Lo pula menyelar Mahathir dan kepimpinan BN yang menipu rakyat tentang perhimpunan Black 14 kononya ia tidak mendapat sambutan. Menurutnya, bagaimana perhimpunan itu boleh berjaya kalau pemimpin Keadilan sudah ditangkap sebelum perhimpunan itu lagi dan rakyat diugut dengan pelbagai tindakan undang-undang. Menurutnya, solat asar di Masjid Negara pada hari tersebut sudah jadi seperti solat di Masjid al-Aqsa. Kalau di Palestin umat Islam bersembahyang dengan kawalan ketat tentera Yahudi, di Masjid Negara umat Islam bersembahyang dengan kawalan ketat polis.