mazlancolor.JPG (2409 bytes)

Rakyat terus ditipu dan ditindas

Felda Sg. Sayong, 25 Nov, 2000. Setiap hari rakyat dimomokan dengan perpecahan di dalam BA sempena kempen pilihanraya kecil Lunas. Menurut Mazlan Aliman, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, BN cuba menyembunyikan kenyataan di mana semasa penamaan calon, 20,000 ahli BA dari pelbagai parti jelas menewaskan kumpulan BN yang hanya sekitar 5,000 orang sahaja. Di dalam kumpulan BN tidak ada bendera UMNO dikebarkan. Malah dalam kawasan pilihanraya, gambar calon BN tidak ditonjolkan langsung, sebaliknya gambar Dr. Mahathir lebih banyak ditampal.

Kepercayaan rakyat kepada BN semakin terhakis apabila berlaku kejatuhan harga komoditi negara ke tahap yang amat serius. Harga sawit yang pernah mencecah RM 450.00 setan sebelum pilihanraya umum dahulu hanya tinggal antara RM 80.00 - RM 100.00 setan. Ada peneroka felda yang hanya berbaki RM 30.00 di dalam slip bulanan mereka. Harga kelapa hanya tinggal 3 sen sebiji setelah ditolak upah. Ada pekebun kelapa yang hanya mendapatkan RM 80.00 untuk 10 ekar kelapanya.

Tidak hairan apabila ramai penduduk kampung dan Felda tidak mampu membayar bil bulanan mereka. Ada telefon dan elektrik mereka yang telah dipotong. Masalah ditambah lagi apabila Indonesia telah menyaingi Malaysia di dalam penghasilan minyak sawit apabila banyak syarikat Malaysia membuka ladang dan kilang sawit di Indonesia. Indonesia mampu menawarkan harga yang lebih murah berbanding Malaysia. Berlaku stok minyak masak yang berlebihan di pelabuhan Malaysia.

Apabila Dewan Pemuda PAS Pusat bertemu dengan Lim Keng Yeik bagi menyampaikan masalah kejatuhan harga komoditi dan masalah rakyat, Dato' Lim menyatakan bahawa kerajaan tidak punya wang untuk memberi subsidi kepada rakyat. Contohnya pada bulan Jun 1999 kerajaan telah mengambil RM 1.2 billion dari wang Felda untuk membayar bonus kakitangan awam. BN sanggup mengambil hampir RM 60 billion untuk menyelamatkan kroni-kroni mereka tetapi tidak sanggup menyelamatkan rakyat yang jauh lebih susah. Kasitah Gadam sebagai pemimpin UMNO pula menyatakan kepada DPPP bahawa dia bersedia bertemu dengan wakil DPPP tetapi tidak sanggup bertemu dengan pekebun kecil.