Dendam Tak Sudah Mahathir

18 April.....Ramai terkejut dengan berita yang memaparkan ketidak-layakan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding di dalam pertandingan jawatan Naib Presiden walaupun pada umumnya beliau telah melepasi syarat layak yang ditetapkan. Umum mempertikaikan campurtangan Dr. Mahathir di dalam keputusan menolak kelayakan Tengku Razaleigh kerana ianya sepatutnya ditangani oleh jawatankuasa pemilihan sahaja. Campurtangan secara langsung Dr. Mahathir di dalam menafikan kelayakan Ku Li menunjukkan sifat pendendam Dr. Mahathir kepada orang-orang yang pernah menentangnya. Kini Ku Li sudah sepatutnya sedar dan insaf kedudukannya di mata Dr. Mahathir. Strategi dan harapannya untuk berbaik-baik dengan Dr. Mahathir nampaknya tidak menjadi. Yang pasti, selagi mana ada Dr. mahathir dalam UMNO, Ku Li akan terus jadi kuli.....