10,000 rakyat hantar memo kepada Daim

Kuala Lumpur, 25 Nov. 2000. Hampir 10,000 rakyat Malaysia telah menyertai penyerahan memorendum bantahan campurtangan kerajaan Pusat ke atas perjanjian antara Petronas dengan Kerajaan Terengganu mengenai isu royalti minyak. Orang ramai telah berkumpul seawal jam 8.30 pagi di perkarangan bangunan Kementerian Kewangan bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Seperti biasa kira-kira 500 orang anggota polis dan FRU telah ditugaskan membuat kawalan.

Walau bagaimanapun tiada kekacauan berlaku kerana pihak polis tidak bertindak ganas hasil dari kesabaran dan disiplin orang ramai yang menyertai perhimpunan itu. Yang menyedihkan ialah Menteri Kewangan, Daim Zainuddin tidak muncul bagi menerima kunjungan wakil PAS dan sebaliknya hanya menugaskan pegawainya bagi mengambil memorandum tersebut. Begitulah kebiasaan pemimpin UMNO yang takut bersua dengan orang ramai yang menentang tindak tanduknya. Perhimpunan tersebut telah disertai oleh pemimpin- pemimpin BA dan beberapa orang artis.