Dr. Mahathir Pengkhianat Bangsa

Felda Taib Andak, 18 Jun, 2000... UMNO dianggap pengkhianat bangsa Melayu yang sebenarnya apabila Dr. Mahathir menyatakan bahawa tidak mustahil Malaysia akan dipimpin oleh Perdana Menteri yang berbangsa Cina satu hari nanti. Yang menghairankan, pemimpin UMNO yang lain tidak langsung mengkritik kenyataan beliau sedangkan satu ketika dahulu Menteri Besar Kelantan, YB, Hj. Nik Abdul Aziz, juga pernah menyatakan bahawa PAS tidak menolak Perdana Menteri dari kalangan orang bukan Melayu dengan syarat dia mestilah dari kalangan orang Islam.

Apabila kenyataan ini dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS, beliau telah dikecam hebat oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Sebaliknya, Mahathir yang tidak meletakkan sebarang syarat untuk orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri menjelaskan sikap sebenar beliau yang langsung tidak menghiraukan nasib umat Islam. UMNO yang sebenarnya menjadi pengkhianat bangsa Melayu. Isu ini dijangkakan akan terus membunuh hayat UMNO dan menjadikan orang Islam menolak terus UMNO.