saifuddin_nasution.jpg (3377 bytes) YB Saifuddin : Demokrasi-Terima atau tolak

Senai - 23 Mac, 2001

Di dalam politik di China, Vietnam dan Cuba, hanya Parti Komunis sahaja yang dibenarkan diwujudkan dan mengadakan perhimpunan. Kiranya ada rakyat yang mengadakan perhimpunan maka ia dianggap menyalahi undang-undang dan boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Begitulah senario politik di dalam sebuah negara komunis. Perkara ini dijelaskan oleh YB. Saifuddin Nasution, ADUN Lunas yang berceramah di Taman Senai Utama anjuran Parti Keadilan Nasional Bahagian Senai. Ceramah diteruskan walaupun diarahkan supaya dihenentikan oleh pihak polis kerana permit tidak diluluskan.

Di Malaysia, wujud Pendaftar Pertubuhan yang fungsinya memberi kebenaran untuk tertubuhnya parti-parti politik dan pertubuhan selain dari parti pemerintah, sesuai dengan sifatnya sebagai sebuah negara demokrasi. Melalui saluran ini PAS, ADIL, PRM, DAP dan lain-lain parti diwujudkan untuk mendapat kuasa memerintah melalui proses demokrasi dan bukan melaui pertumpahan darah. Dalam keadaan yang normal, rakyat berhak untuk memilih dan menolak sesebuah parti yang mereka suka. Sepertimana BN, ADIL sahaja, begitu juga dengan PAS, DAP dan PRM, tidak mungkin mampu memenangi hati semua lapisan masyarakat tanpa bergabung. Hasilnya BA diwujudkan bagi memberi saingan dan cuba merampas kuasa yang sekarang dikuasai oleh BN.

Setelah BA diwujudkan kerja dan usaha dibuat supaya rakyat mendapat penjelasan dan faham perjuangan BA. Hasilnya rakyat hanya memberi 43 kerusi parlimen kepada BA dan membenarkan BN terus berkuasa. Semua pihak terpaksa akur dan menghormati pilihan rakyat. Justru itu penguatkuasa undang-undang perlu menghormati kehendak rakyat agar rakyat terus menghormati undang-undang.

Ciri-Ciri Demokrasi

Sesebuah negara demokrasi mesti mempunyai 3 unsur ini; Parlimen - dimana suara majoriti yang melebihi 2/3 menguasai dan berkuasa meminda dan menggubal undang-undang. Semua golongan di dalam negara mesti akur dengan keputusan tersebut. Badan Kehakiman - merupakan saluran penentu benar atau salahnya sesuatu perkara mengikut lunas undang-undang negara. Ia menjadi tempat terakhir bagi rakyat mendapatkan keadilan dan badan ini mesti bebas dari unsur-unsur politik agar wibawanya tidak dipertikaikan. Badan Eksekutif - yang diketuai oleh PM dan kabinet jemaah menterinya. Badan ini dibantu oleh institusi sokongan di dalam jabatan kerajaan termasuk polis, tentera, jabatan-jabatan kerajaan yang lain yang semuanya mesti tidak mempunyai sebarang sentimen kepada mana-mana parti politik hatta kepada BN.

Di dalam sistem demokrasi, rakyat menjadi tuan sementara pemimpin menjadi hamba. Maka tidak sepatutnya hamba boleh mengugut tuan dengan pelbagai ugutan seperti pecat, pindah, tahan kenaikan pangkat, tak beri projek dan sebagainya kerana unsur ini akan mencacatkan demokrasi dan pilihanraya sepertimana yang berlaku di Indonesia yang terdapat undi di kampung ditentukan oleh orang tertentu dalam suruhanjaya pilihanrayanya.

Di dalam sistem demokrasi inilah rakyat berhak untuk memenangkan dan menumbangkan BN di dalam kerajaan Persekutuan dan PAS di Kelantan dan Terengganu. Tidak wajar usaha yang dibenarkan ini dianggap menghasut, mengancam keselamatan negara dan sebagainya. Contohnya, di Sanggang dan Teluk Kemang, BN mendakwa rakyat terus memberi sokongan kepada BN. Apabila BA menang di Lunas, tiba-tiba BN memomokkan BA menggunakan sentimen perkauman, menghasut dan mengugut untuk menang.

Perlembagaan Persekutuan dan Hak Rakyat

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memberi dan menjamin hak rakyat untuk berhimpun secara aman, berpesatuan dan bersuara (memuji atau mengkritik). Apabila rakyat dinafikan haknya maka rakyat ankan bangkit menumbangkan kerajaan seperti yang berlaku di Filipina. Benigno Aquino yang menjadi pembangkang Filipina, telah kembali ke Filipina setelah berubat selama 2 tahun di US. Setibanya di Lapangan Terbang beliau telah ditembak dan peristiwa yang hanya memakan masa selama 43 saat ini telah sempat dirakamkan dan ia telah disebarkan ke seluruh rakyat yang menyebabkan Marcos ditumbangkan selepas 3 tahun dan rakyat Filipina tidak membenarkan mayatnya dikebumikan di bumi Filipina.

Apabila pemerintah menggunakan kuasa dengan sewenangnya maka akan berlaku apa yang berlaku di Iran sehingga berlakunya peristiwa Black Friday. Regim Phalavi telah menyebabkan Khomeini terpaksa tinggal di Francis dan hanya dapat mengirimkan kasetnya ke Iran. Di dalam kebangkitan rakyat yang meletus selepas itu, polis Iran telah bertindak membakar panggung yang menyebabkan kematian beratus-ratus orang dan media menuduh gerakan reformasi di Iran yang bertanggungjawab di atas tragedi itu. Walau bagaimanapun kbangkitan rakyat sudah tidak dapat dibendung lagi dan akhirnya kerajaan Shah Iran dan kerajaannya telah lenyap.

Hak Perubatan Anuar Ibrahim

Anuar telah dimasukkan ke hospital pada 26/1/2001 kerana tulangnya terkeluar dari tempat asalnya dan mencucuk saraf yang menyebabkan kesakitan. 7 orang doktor pakar HKL sepakat menyatakan bahawa ia merupakan keadaan serious yang memerlukan Anuar ditahan di hospital untuk tempoh 2 bulan lagi bagi rawatan lanjut.

Sebagai peaskit, tidak mengira siapa dan apa kedudukannya, pesakit diberi hak : 1. Memilih yoktor yang merawatnya, 2. Memilih jenis rawatan yang diingininya, 3. Memilih hospital mana yang disukainya. Setelah Doktor Thomas dari Munich, German membuat pemeriksaan, para doktor bersetuju bahawa Anuar mesti dibedah dalam masa 4 hingga 6 minggu untuk mengelakkan risiko lumpuh. Yang menghairankan, terdapat 10 bilik bedah di HKL dan kesemuanya di dalam pengubahsuaian dan mengambil masa 6 bulan untuk disiapkan. Sehinggan kini, kerajaan tidak memutuskan samada membenarkan Anuar dirawat di German.

Menurut Dr. Thomas, kecederaan Anuar adalah kecederaan baru sekitar 2 tahun. Ini bermakna ia sah kesan dari pukulan Rahim Noor. Yang menghairankan, apabila polis membuat siasatan selama 3 bulan, peguam negara mengesahkan bahawa Anuar dipukul tetapi tidak dapat dikesan siapa yang memukulnya. Selepas peristiwa itulah wibawa polis teruk dipertikaikan sehinggan Norian Mai terpaksa memulakan kempen mesra rakyat.

Pengajaran di Lunas yang menunjukkan hanya 10% golongan muda memberi undi kepada BN akan melenyapkan harapan BN untuk berkuasa kerana menurut SPR, 3.4 juta pengundi baru akan mengundi pada 2004.