kembali

sallehenmukhyi.JPG (6132 bytes) UMNO yang semakin menyasar

Felda Pasir Raja, Kulai, 18 Mac. 2001.
Buat pertama kali dalam sejarah negeri Selangor, menteri besarnya terlibat secara langsung menghalang ceramah dan kuliah agama diadakan. Perkara ini dinyatakan oleh YB Us. Sallehen Mukhyi (ADUN Sungai Besar) yang berceramah di sini. Hari ini masjid dan surau sering diganggu programnya, dan pemilihan AJKnya juga sudah tidak sebebas dahulu. Ada artis yang dipilih menjadi pengerusi masjid. Ada juga pengerusi masjid yang hanya datang ke masjid 2 kali setahun, iaitu pada masa solat hariraya.

Menteri Besar Selangor, Khir Toyo, juga merupakan menteri besar pertama yang melarang MB Kelantan dari memberikan kuliah di Selangor. Sebaliknya, beliau yang telah dijemput secara rasmi oleh kerajaan Kelantan untuk memberikan kuliah di mana-mana masjid di Kelantan tidak menyambut jemputan tersebut.

Sebelum ini hanya seorang sahaja wakil pembangkang yang duduk dalam Dewan Undangan Negeri Selangor iaitu YB Teng Chang Kim dari DAP. Beliau merupakan satu-satunya ADUN yang mempertahankan tindakan Dato' Ishak Bahrom menangkap gadis Melayu yang menyertai pertandingan Ratu Cantik. Beliau juga pernah menyarankan agar kerajaan Selangor membina masjid di Teluk Gong kerana dia mendapati ramai orang Melayu yang tidak bersembahyang Jumaat. Yang paling kontroversi ialah apabila beliau dipukul oleh salah seorang ADUN UMNO apabila beliau meminta penggunaan perkataan kilang haram terhadap kilang-kilang yang wujud tanpa kebenaran kerajaan ditukar dengan kilang tanpa permit kerana bagi beliau perkataan haram adalah perkataan al-Qur'an yang bermakna tidak boleh dilakukan langsung.

Terdapat ADUN UMNO yang menyuarakan bahawa bukan PAS sahaja yang mahu masuk syorga bahkan UMNO juga mahukan syorga. Ia dikuatkan dengan hujah bagaimana seorang pelacur yang memberi minum seekor anjing dengan belas kasihan boleh masuk ke syorga. PAS mengakui perkara itu kerana anjing yang ditolong bukan jenis yang makan rasuah, tidak pecat mufti, dan tidak pertahankan peminum arak. Tetapi PAS meminta bukti bahawa menolong orang berbuat zalim boleh masuk syorga.

Dalam soalselidik kecenderungan politik kakitangan kerajaan, 83% menunjukkan mereka tidak suka kepada kerajaan sekarang. Pilihanraya di kampus-kampus juga menunjukkan kumpulan pelajar yang cenderung kepada pembangkang menang besar. Kegagalan kerajaan menangani masalah ekonomi dan kesempitan rakyat juga menyebabkan rakyat miskin terhimpit oleh pembangunan seperti yang berlaku di Taman Medan yang mundur walaupun dikelilingi oleh kemewahan Petaling Jaya dan Subang Jaya. Tidak cukup dengan itu rakyat dihimpit lagi dengan kenaikan mendadak harga tarif air. Selain itu kehidupan masyarakat juga semakin teruk berbanding zaman sebelum merdeka kerana gejala murtad dan gejala anak sembelih ibu tidak berlaku di zaman penjajah. Sebab itu hanya 3 golongan manusia sahaja yang tinggal di dalam UMNO iaitu golongan yang bermasalah, golongan yang berkepentingan dan golongan yang terus diperbodohkan.

Us Salihin juga mendedahkan dalam dunia ini tiada orang yang sanggup digelar Firaun kecuali Mahathir. Di dalam proses menjatuhkan BN ia seperti menangkap seekor ayam tua. Tidak semua orang perlu berjinak dan memberi jagung kepada ayam, tetapi perlu ada orang yang bersedia dengan jaring, penyapu dan sebagainya. Begitulah yang dilakukan oleh komponen BA kepada perpaduan yang ditaja oleh UMNO.