Dataran Pasar Lambak tempat ceramah PAS

Senai, 16 April, 2001.

PAS Kawasan Senai buat julung kalinya menggunakan Dataran Pasar Lambak di Felda Sungai Sayong sebagai tapak ceramah oleh Raja Komando. Menurut maklumat yang diterima, beberapa orang pemimpin UMNO telah membuat laporan di Balai Polis Kota Tinggi bagi menghalang ceramah tersebut. Buat pertama kali dalam sejarah peneroka Felda di Sungai Sayong, mereka menyaksikan FRU dikerah ke kawasan mereka dan memaksa orang ramai meninggalkan tempat ceramah tersebut.

Antara mereka yang hadir mengatakan bahawa pihak FRU telah membuat ugutan bahawa mereka akan melepaskan gas pemedih mata kiranya mereka tidak bersurai. Walau bagaimanapun pihak penganjur masih tidak berganjak dari keputusan asal untuk terus mengadakan ceramah tersebut di padang berkenaan. Menurut mereka, di dalam perlembagaan rakyat berhak mengadakan perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dan pihak polis sepatutnya memberi permit apabila dipohon oleh penganjur.