Make your own free website on Tripod.com
PAS Senai ikrar teruskan program seperti biasa

Kulai, 12 Mac 2001.

PAS Kawasan Senai telah sebulat suara meneruskan program seperti biasa walaupun pihak polis dijangka akan cuba melemahkan jentera PAS dengan melakukan tangkapan demi tangkapan pada masa yang akan datang. Perkara ini dipertegaskan di dalam suatu pertemuan khas yang juga dihadiri oleh beberapa orang ahli Parti Keadilan Nasional. PAS juga akan berusaha menggandakan program di Kawasan Senai bersama parti-parti alternatif yang lain.

Moral petugas-petugas PAS juga semakin meningkat berikutan penangkapan 3 orang aktivis BA yang mana dua orang daripadanya ialah di kalangan aktivis PAS Senai. Di dalam pertemuan itu para petugas PAS telah disuntik dengan semangat dan motivasi oleh Sdr. Mazlan Aliman dan Yang Dipertua PAS Kawasan Senai, Tuan Haji Hassan Husin.

Pertemuan itu diakhiri dengan solat hajat beramai-ramai bagi memohon dari Allah agar seluruh petugas PAS akan dikurniakan dengan keberanian dan kemantapan jiwa bagi menghadapi kerenah pihak polis dan juga musuh politik PAS (UMNO).