3 Aktivis BA Senai ditangkap

 

mazlancolor.JPG (3616 bytes)  aminuddin.jpg (2800 bytes)

Mazlan Aliman    

Aminuddin Ayiub

Kulai, 03 Mac 2001.

Tiga orang aktivis PAS dan Keadilan telah ditangkap oleh pihak polis sejurus selepas tamatnya Ceramah Kempen Selamatkan Wang Rakyat anjuran Pemuda BA Pusat di Taman Senai Utama. Tiga orang yang ditangkap itu ialah Mazlan Aliman (Ketua Dewan Pemuda PAS Johor), Aminuddin Ayiub (Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Senai) dan Hatta Khalid (Naib Ketua Keadilan Bahagian Senai).

Aminuddin Ayiub merupakan orang pertama yang diminta oleh polis untuk mengikut mereka ke Balai. Pegawai polis tersebut juga mengugut Aminuddin bahawa dia akan digari kiranya menolak untuk dibawa ke balai. Mazlan Aliman yang melihat kejadian itu terus meminta agar beliau juga di bawa sama ke balai kerana beliau adalah salah seorang penganjur di dalam program tersebut. Mereka berdua kemudiannya di bawa ke Balai Polis Senai dengan menaiki sebuah kenderaan polis.

Selepas penangkapan tersebut kira-kira 30 orang penyokong BA bergegas ke Balai Polis Senai tetapi tidak dibenarkan masuk ke Balai Polis tersebut. Pintu pagar balai polis tersebut telah dikunci dan hanya dibuka apabila kenderaan polis keluar masuk. Hatta menyertai penyokong-penyokong BA tersebut agak lewat kerana tugas mengemaskan pentas ceramah. Tidak lama kemudian anggota SB yang biasa dengan Hatta telah memanggilnya dari dalam pagar dan meminta Hatta untuk masuk ke dalam pagar. Hatta di bawa masuk ke dalam balai dan tidak keluar selepas itu.

Kira-kira jam 3.00 pagi (04/03/2001) ketiga-tiga mereka telah dibawa ke Balai Polis Kulai dan telah dilokap di sana. Mereka hanya dibebaskan kira-kitra jam 2.00 petang selepas keterangan mereka diambil. Turut sama bertemu dengan pihak polis ialah Peguam Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.