Make your own free website on Tripod.com
BERITA / ISI CERAMAH
sallehenmukhyi.JPG (6132 bytes) UMNO yang semakin menyasar

Felda Pasir Raja, Kulai, 18 Mac. 2001.
Buat pertama kali dalam sejarah negeri Selangor, menteri besarnya terlibat secara langsung menghalang ceramah dan kuliah agama diadakan. Perkara ini dinyatakan oleh YB Us. Sallehen Mukhyi (ADUN Sungai Besar) yang berceramah di sini. Hari ini masjid dan surau sering diganggu programnya, dan pemilihan AJKnya juga sudah tidak sebebas dahulu. Ada artis yang dipilih menjadi pengerusi masjid. Ada juga pengerusi masjid yang hanya datang ke masjid 2 kali setahun, iaitu pada masa solat hariraya.

Menteri Besar Selangor, Khir Toyo, juga merupakan menteri besar pertama yang melarang MB Kelantan dari memberikan kuliah di Selangor. Sebaliknya, beliau yang telah dijemput secara rasmi oleh kerajaan Kelantan untuk memberikan kuliah di mana-mana masjid di Kelantan tidak menyambut jemputan tersebut.

Sebelum ini hanya seorang sahaja wakil pembangkang yang duduk dalam Dewan Undangan Negeri Selangor iaitu YB Teng Chang Kim dari DAP. Beliau merupakan satu-satunya ADUN yang mempertahankan tindakan Dato' Ishak Bahrom menangkap gadis Melayu yang menyertai pertandingan Ratu Cantik. Beliau juga pernah menyarankan agar kerajaan Selangor membina masjid di Teluk Gong kerana dia mendapati ramai orang Melayu yang tidak bersembahyang Jumaat. Yang paling kontroversi ialah apabila beliau dipukul oleh salah seorang ADUN UMNO apabila beliau meminta penggunaan perkataan kilang haram terhadap kilang-kilang yang wujud tanpa kebenaran kerajaan ditukar dengan kilang tanpa permit kerana bagi beliau perkataan haram adalah perkataan al-Qur'an yang bermakna tidak boleh dilakukan langsung.

Terdapat ADUN UMNO yang menyuarakan bahawa bukan PAS sahaja yang mahu masuk syorga bahkan UMNO juga mahukan syorga. Ia dikuatkan dengan hujah bagaimana seorang pelacur yang memberi minum seekor anjing dengan belas kasihan boleh masuk ke syorga. PAS mengakui perkara itu kerana anjing yang ditolong bukan jenis yang makan rasuah, tidak pecat mufti, dan tidak pertahankan peminum arak. Tetapi PAS meminta bukti bahawa menolong orang berbuat zalim boleh masuk syorga.

Dalam soalselidik kecenderungan politik kakitangan kerajaan, 83% menunjukkan mereka tidak suka kepada kerajaan sekarang. Pilihanraya di kampus-kampus juga menunjukkan kumpulan pelajar yang cenderung kepada pembangkang menang besar. Kegagalan kerajaan menangani masalah ekonomi dan kesempitan rakyat juga menyebabkan rakyat miskin terhimpit oleh pembangunan seperti yang berlaku di Taman Medan yang mundur walaupun dikelilingi oleh kemewahan Petaling Jaya dan Subang Jaya. Tidak cukup dengan itu rakyat dihimpit lagi dengan kenaikan mendadak harga tarif air. Selain itu kehidupan masyarakat juga semakin teruk berbanding zaman sebelum merdeka kerana gejala murtad dan gejala anak sembelih ibu tidak berlaku di zaman penjajah. Sebab itu hanya 3 golongan manusia sahaja yang tinggal di dalam UMNO iaitu golongan yang bermasalah, golongan yang berkepentingan dan golongan yang terus diperbodohkan.

Us Salihin juga mendedahkan dalam dunia ini tiada orang yang sanggup digelar Firaun kecuali Mahathir. Di dalam proses menjatuhkan BN ia seperti menangkap seekor ayam tua. Tidak semua orang perlu berjinak dan memberi jagung kepada ayam, tetapi perlu ada orang yang bersedia dengan jaring, penyapu dan sebagainya. Begitulah yang dilakukan oleh komponen BA kepada perpaduan yang ditaja oleh UMNO.

 

Mangsa banjir Kg. Pertanian dapat perhatian

Kg. Pertanian, Kulai 21 Jan. 2001.
Beberapa ahli dan Jawatankuasa PAS Kawasan Senai telah turun beramai-ramai ke Kampung Pertanian, Kulai bagi memberi bantuan kepada keluarga-keluarga yang telah dilanda banjir kilat baru-baru ini. Antara bantuan yang diberikan ialah pakaian terpakai, uniform sekolah, makanan keperluan harian dan lain-lain.

Selain dari itu ahli rombongan juga telah bergotong royong membersihkan sebuah rumah wanita tua yang tinggal berseorangan di antara Lorong 1 dan Lorong 2 di sebuah rumah yang sudah terlalu uzur dan hampir roboh. Ahli rombongan telah bergotong-royong membersihkan lumpur di lantai rumah tersebut yang tebalnya kira-kira 2 cm di seluruh lantai rumah tersebut.

Pada petangnya wanita tersebut telah dibawa menyertai sambutan Hariraya PAS Kawasan Senai yang diadakan di Taman Anjaria Kulai.

ito_kgpertanian.jpg (59862 bytes)
Gambar ITO melawat rumah warga tua di Kg. Pertanian yang hampir roboh.

banjir.JPG (20742 bytes)
Sdr. Mazlan Aliman, bekas calon PAS DUN Bukit Permai menghulurkan bantuan.

Pengundi Semakin Bijak
malekyusuf-s.JPG (8271 bytes)

Felda Bukit Batu, Kulai, 23 Feb, 2001.
Pengundi-pengundi di Malaysia disifatkan sebagai semakin bijak dan berani apabila sebahagian besar undi telah dialihkan kepada Barisan Alternatif di dalam pilihanraya umum yang lalu. Perkara ini telah dinyatakan oleh YB. Hj. Malek Yusuf, ADUN Tahan yang telah berceramah di sini baru-baru ini.

Pada masa dahulu, pengundi seolah-olah takut dan terlalu hormat kepada calon yang telah mereka pilih. Ada pengundi yang memuji-muji kenderaan mewah wakil rakyat mereka walaupun dia sendiri tidak pernah merasa duduk di dalam kenderaan tersebut. Ada pengundi yang takjub dengan kehebatan rumah wakil rakyat mereka tetapi dia sendiri tidak pernah dijemput menjejakkan kaki ke rumah tersebut.

Pada hari ini, pengundi sudah tahu menilai harga seorang wakil rakyat. Ada sesetengan pengundi apabila melihat kenderaan mewah wakil rakyat mereka terus bertanya, dari mana Yang Berhornat dapat duit untuk membeli kereta mewah tersebut, sedangkan elaun seorang wakil rakyat tidaklah terlalu besar iaitu kira-kira RM 3000 sebulan.

Di negeri Pahang, pengundi tidak lagi dapat digula-gulakan dengan projek-projek yang dijanjikan oleh calon parti BN kerana bagi mereka walau apapun projek yang dijanjikan, ia adalah dari wang rakyat juga. Sebab itu, di Negeri Pahang, wakil rakyat PAS berjanji akan menjadi pembangkang yang cekap dan akan memberi tekanan kepada kerajaan Negeri. Kesan dari itu, wang-wang tanam semula peneroka Felda yang menggunakan wang sendiri dalam proses tanam semula mula dibayar kepada peneroka. Tindakan kerajaan yang telah mengarahkan 4 kementeriannya berbincang secara khusus untuk menyelesaikan masalah peneroka yang menghadapi masalah kejatuhan harga sawit, merupakan satu lagi bukti bahawa wakil rakyat pembangkang mampu memberi peranan yang berkesan.