Make your own free website on Tripod.com

Gerakan Murtad di Malaysia, sejauh mana kebenarannya ?

Assalamualaikum....>renungilah dan hayatilah petikan dari internet ini.....kukuhkan keimanan dan bantulah sesama kita.

Bismillahhirrohmani rahim. Assalamualaikum w.b.t Pernahkah korang dengar cerita Aisyah atau nama manjanya intan yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononya untuk menjaga perkauman, taknak terjadi kacau bilau. Kes aisyah yang murtad dan banyak lagi kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend. ia sebenarnya kes murtad yang sengaja ditutup oleh golongan pemimpin tertentu yang kita amanahkan untuk memimpin, mereka ini juga Islam, kita tak tahu kenapa sengaja membutakan hati dari melihat akidah umat islam di Malaysia terutamanya di serang hebat.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya korang seorang islam yang peka dan sayang kan agama kita Islam, Buatlahlah sesuatu, paling kurang foward adress ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu kalau nak tahu cerita sebenar disebalik semua tu ataupun selemah-lemahnya berdoa agar kita semua serta saudara- saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini. Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya
>dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di madrasah hidayah.
>
>Murtad dikalangan orang melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.
>Indek pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 89
>ajer, 4776 orang melayu mohon tukar nama dari melayu kepada bukan melayu
>atas alasan keluar dari Islam. Tahun 1997 Bila Saari Bustamah mengambil
>alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh
>adalah murtad. Menurutnya sehingga julai 1997, 3000 orang murtad di KL
>sahaja. Tahun 1998 sahaja timbalan menteri di jawatan perdana menteri Dato
>Nazri dalam menangkis hujah yang dikemukan oleh tokoh pilitik yang sensitif
>dengan ke! s murtad ini (nak bawa draf keizinan murtad) , tahun 1998 saja
>516 orang sudah murtad.
>
>Noraishah bukan kes pertama murtad. sebelum ni dah beratus kes timbul
>tetapi ditutup oleh pihak tertentu. Setakat kes Aishah dah 40 fail murtad
>dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes NurAishah ini
>kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang
>melayu sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang
>ditubi dari segala sudut , yang kita tak nampak dengan menggunakan sistem
>perundangan dan kehakiman kita sendiri. kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
>
>1) bagaimana orang macam nur Aishah boleh murtad
>
>2) bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem kehakiman
>kita untuk merampas anak orang islam untuk dimurtadkan?
>
>Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan
>pengisian Islam yang hebat sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di
>masjid tahun 1997 an! ak dia sedang dimurtadkan dirumah. Nur Aishah adalah
>gadis melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya dalam
>keadaan macam tu tak murtad.
>
>Dihantar ke sekolah Agama, Dia belajar hingga peringkat 6 atas dan boleh
>melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke
>peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan dalam
>suasana yang bapanya imam. Tuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam (
>Haji Tahir).Dia juga hafal surah yasin dalam ertikata tahu ayat apa surah
>keberapa yang dibacanya, ayat apa yang azimat semua dia tahu. Itu hebatnya
>Aishah. Surah sajadah pun dia hafal. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan
>Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan
>Bible. dari segi keterampilan dia ...budak perempuan melayu biasa...pakai
>tudung dengan baju kurung bunga-bunga takde apa yang peli pada dia, duduk
>di lembah keramat AU5C . Kakak dia pun macam ni juga keterampila! nnya.
>Tiap -tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini.
>
>2 tahun di KL begitu hari terakhir dia telefon 19 nov 1997,
>"Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu
>intan dah kristian." Bayangkan hati seorang bapa. Pm sendiri boleh heran
>macamana dia boleh murtad.Apa lagi kita. Aishah adalah simbol anak melayu
>yang telah didik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang haji bukhari
>boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk Tv menangis, keluar radio
>menangis, pergi forum menangis ...apa yang dia boleh buat? kes ini penting
>untuk orang tahu.
>
>Seorang menteri telah memesongkan fakta mengatakan nuraishah telah
>berkahwin secara Islam di selatan Thailand. Mengapa tok menteri ini sengaja
>kelabukan mata orang melayu? buta? disogok? tali barut?Kita sendiri pun tak
>tahu. Terpaksa lah ketua pengarah Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
>sendiri buat kenyataan menafikan kenyataan tok menterinya. Dikeluarkan pada
>13Februari 1998 ....." kenyataan ini dikeluarkan oleh ketua pengarah JAKIM
>bagi menafikan laporan akhbar lepas yang menitik sumber akhbar kononya Nur
>Aishah dan kekasihnya telah berkahwin secara Islam di Sempadan Thai
>baru-baru ini." (13 februari 1998).
>
>Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir
>laknatullah ini minta Aishah dibebaskan untuk dimurtadkan. Butir asal
>permohonan......
>
>Permohonan inini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam cina
>kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah) .Tujuan
>untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang
>permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah.
>
>Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 perlembagaan
>persekutuan iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin
>timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997di
>Makamah Tinggi Malaya Kua! la Lumpur bahagian jenayah.
>
>Sebab yang dia beri,
>
>"Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nuraishah untuk memberi
>nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada kristian dan
>atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nuraishah menolak
>dan meninggalkan agama Islam" : perenggan 6
>
>Perenggan 23: "Saya Lennet teoh percaya bahawa Nur Aishah sedang dikurung
>secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibu bapa, abangnya dan
>bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nuraishah menganut agama
>pilihannya iaitu Kristian Khatolik".
>
>Tiada langsung disebut pasal kawin. Macamana seorang menteri melayu boleh
>putarkan fakta kata ia kes kawin lari? Kita tak boleh buat apa-apa sebab
>article 11 perlembagaan persekutuan menyatakan mana-mana warganegara
>Malaysia yang telah cukup umur(18 tahun) berhak mutlak menukar agamanya.
>Itulah perlembagaan kita yang memerdekan orang melayu kita tahun
>1957,perlembagaan itulah yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita
>akan selamat dengan perlembagaan itu?
>
>Bila berlaku pertembungan antara hukum syarat dengan undang-undang kita,
>undang -undang syaraa' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah
>acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya
>perlantikan sultan , rasmi parlimen dll.Tak lebih dari itu.bab
>kehidupan,politik, ekonomi....semua tak termasuk Article 4 pula menyatakan:
>"mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan
>perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. ini termasuklah hukum syarak."
>
>Contoh kes Hartina Haji kamarudin. Haji Kamarudin pada masa ceramah ini
>dibuat ada dalam lokap didakwa mencederakan seorang hindu kafir laknatullah
>kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu
>susah payah datang kerumah dalam keadaan hindu. Haji Kamarudian seorang
>penjual satay (tumpang kedai cina). Beliau ! Lepaskan anaknya lepas 18
>tahun ke KL untuk cari kerja tak terlintas langsung di kepalanya anaknya
>akan murtad. Tak sampai 9 bulan Hartina balik...ke resoran bapanya dalam
>keadaan hindu dengan nandek kat dahi. Bukan itu saja . Anak yang dimanjakan
>begitu rupa balik mencabar bapanya bawa boyfriend dan kawan-kawan
>boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah hindu dengan
>nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk.menggelupur dia depan
>kedai tu. Haji Kamarudin juga di pelupur oleh kawan-kawan si hindu tu
>samapai nak pengsan.
>
>Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak
>menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga. Apa
>Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya
>menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu dia pergi ke balai polis buat
>report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik
>lelaki Hartina merengkok dalam lokap seb! ab report anak kesayangannya. Nak
>mempertahankan kekasih hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya,
>3 juta. remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak
>sendiri. Tak cukup lagi , dia telah menghina bapanya dengan menukar nama
>Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama hindu. Haji Kamarudin
>ditangkap semula olehpolis sebab ada kejadian hindu laknatullah itu
>ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Tak mampus juga masih terlantar
>kat hospital. Yang kena kurung masuk lokap Haji Kamarudin, anaknya dan anak
>saudaranya. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya men!
>ye!
>babkan dia merana dalam keadaan hina . Haji kamarudin juga dikenakan
>berbagai tuduhan. Setakat tu saja 4 tuduhan.
>
>Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta
>dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat. Dalam mempertahankan
>hukum Allah, dilokap sedemikian rupa. Itulah dia kes pertembungan hukum
>syarak d! an hukum manusia yang kita amalkan hari ini.
>
>Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah asal hindu
>nama Santana ada seorang isteri nama entah apa , ada anak lelaki nama
>Sunjay kalau tak silap usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam.
>Abangnya juga telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata nehe! Yusof
>bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia
>hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci ni datang semula
>dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa
>nak buat, di minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan
>hak ke atas anaknya. Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil
>balik budak ni. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak.
>Mahkamah Tinggi bagi pada si minachi ni. Kita heran sungguh. Bila si
>minachi ni nak ambil balik budak tu tak dapat, dia pergi report polis. Tahu
>polis buat apa, cari! Yusof, tangkap Yusof masuk lokap 8 hari. Lepas tu
>polis ambil balik budak tu kasi pa!
>da!
>  emaknya. Hari ni budak tu kembali jadi hindu. Tak cukup dengan itu punya
>kurang ajarnya dia si minachi ni minta pulak mahkamah tinggi batalkan
>perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Alor Setar yang diberi
>pada Yusof..
>
>Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari kelantan umur 16 tahun
>telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka , lepas tu saman
>anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam negeri Kelantan , heret anak dia
>ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah agar anak dia masuk Islam
>tak sah . Masa tu Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim
>dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menagis orang tua tu
>terpaksa buat peristiharan "Dibawah perlembagaan persekutuan hak seorang
>anak tertakluk bawah jagaan ibu-bapanya selagi belum cukup 18 tahun. kalau
>nak tukar agama kena minta kebenaran! ibu bapanya.Semasa Suzie Teoh masuk
>islam berumur 16 tahun dia tak sah peluk islam."
>
>Atas kearifannya , dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun
>kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun dia panggil balik kes
>itu dan bagi peluang suzie istiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak
>tahu kes tu dengan wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar
>keputusan. Terketar-ketar budak tu baru umur 18 tahun. Sambil menangis
>budak tu kata" Saya yang arif , kekal dalam agama saya , saya masih nak
>nama Nur Aini. " maka Tun Salleh pun dengan bangga mengistiharkan Islamnya
>sah dan namanya Nuraini . Selamat akidah seorang budak Sebab itu juga Tun
>Salleh kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan ke dua atas sebab melengahkan kes
>seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itu harga yang dia terpaksa
>bayar. Tapi sampai hari ni dia puas.
>
>Kes terakhir sekali yang paling teruk ...kes saudara Ibrahim, isterinya
>Siti Solehah! dan anaknya perempuannya usia 5 bulan mati dipancong kerana
>tidak mahu kembali kepada agama asalnya hindu. Malam hari valentine 14
>Februari sedang anak melayu bertukar-tukar bunga didataran merdeka, 3
>saudara kita mati dipancong dalam sebuah kontena demi mempertegakkan agama.
>Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak melayu dibunuh kerana dia
>melayu bukan kerana dia Islam. Sejarah melayu tiada lagi orang melayu
>dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab melayu. Inilah pertama kali.
>
>Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir , bapa kepada Amar diseret
>dihadapan anaknya. amar diugut supaya tukar agama kalau tidak bapanya Yasir
>akan dibunuh. Amar kata "Allah hu Ahad" Yasir kena pancung dipadang pasir.
>kemudiannya Sumaiah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung."Amar
>hanya mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah. Dan
>akhirnya mengikut sejarah amar menjadi seorang mujahid berperang bersama
>Rasullullah. Itu ! zaman puak quraish kafir laknatullah berkuasa,
>Rasullullah tiada kuasa pada masa itu. Rasullulah tak boleh buat apa.
>Tengoklah negara kita yang mengaku Islam ini dan dipimpin oleh pemimpin
>Islam ini ? dalam kes negara kita , Bukan sahaja Ibrahim dibunuh, siti
>solehah dipancung ..anak yang berusia 5 bulan juga dipancung leher hingga
>putus, tak cukup lagi tanganya juga dipancung. Tiada apa tindakan yang kita
>ambil setakat ini.
>
>Cerita ini di adun oleh media sedemikian rupa supaya kita orang Islam tidak
>sedar agama kita di cabar. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa
>mintak masjid sembahyang jenazah kepada saudara -saudara kita yang mati
>syahid ini. Apalah dosa ank kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan
>Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar
>Geologi manakala isterinya Siti Solehah seorang Pakar Botani. Tanda-tanda
>syahid jelas pada ketiga mayat tersebut sehinggakan walaupun 5 hari dalam
>peti ! sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang
>berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh
>terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau
>saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga
>terutama bayi yang berusia 5 bulan itu mesti ada yang tak kena dengan hati
>kita.
>
>Kita dah sampai peringkat saudara kita dipancong sedemikian rupa demi
>mempertahankan agama. Apa orang melayu buat? Hebat mana kita sehingga tak
>boleh mempertahankan saudara kita sendiri sedangkan Ibrahim telah
>melaporkan pada pihak polis dan majlis agama yang dia di ancam untuk
>dibunuh supaya kembali ke agama asalnya. Terpaksa para jemaah kita di
>subang jaya sorokkan dia dalam kontena tapi mati juga keran tiada kawalan.
>Sehingga kini tiada sapa didakwa atas pembunuhan ngeri tersebut. Semua
>orang diam buat tak tahu dan biarkan ....tunggu cerita lain pulak keluar.
>Orang melayu yang ! mengaku islam biarkan agama kita dicincang lumat dan di
>hina sedemikian rupa. Astagfirullah halazim....apa nak jadi dengan kita
>semua, dengan pemimpin kita yang sepatutnya ada kuasa pinda undang -undang
>kebebasan beragama itu.
>
>Kenapa buat tak tahu saja wahai pak menteri? kenapa orang kita asyik sebok
>jaga periuk nak untuk isi perut sahaja? Bangkitlah minta undang undang
>persekutuan yang berkaitan kebebasan beragama dalam article 11dan lain lain
>berkaitan itu dipinda supaya akidah orang Islam terbela. Setidak-tidaknya
>kita nak mati pun tak rasa ralat sangat dengan undang-undang yang kita
>sediakan untuk anak cucu kita nanti.
>
>Satu draf undang-undang murtad akan dibentangkan di parlimen oleh puak-puak
>yang mengaku Islam ini untuk meluluskannya. Undang-undang tu kata, sapa nak
>murtad boleh tapi kena denda 5000 ringgit. Orang islam sendiri (puak puak
>pemimpin politik nu...) sanggup menilai keagungan Allah dengan nilai 5,000
>ringgit. ! Mereka nak laksanakan undang-undang murtad dengan denda 5000
>ringgit dengan penjara 3 tahun. Bangga sungguh puak-puak ini sanggup
>mempermainkan hukum Allah dengan nama hukum Islam. Kalau kita ambil sama
>lewa ...kita takut bala Allah ni akan turun bila-bila saja. Sebagai contoh
>arak dengan bangga dijadikan penaja utama dunia. Dengan bangga dapat duit 5
>juta jadikan arak sebagai penaja utama dunia. Hadis Rasullullah dengan
>terang menyatakan arak sebagai ibu utama maksiat.
>
>Wabak murtad datang dalam keadaan kita tak nampak. Tahu-tahu, Aishah dah
>murtad, Hartina, anak Yusof dimurtadkan tau-tau dah 4000 lebih. Disini
>letaknya kebenaran hadis Rasulullah. Dalam satu hadis yang berbentuk
>futuristik (masadepan ) Rasullullh berpesan "Bersegeralah kamu melakukan
>amalan soleh kerana akan datang kepada umatku disatu masa satu fitnah yang
>begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan malam di malam gelap
>gelita" tak nampak. Sahabat bertanya apak! ah fitnah besar itu ya
>Rasullullah? Fitnah itu adalah kamu akan lihatu umatku dihari itu di waktu
>itu pada masa itu, pagi hari Islam petang kafir, petang islam pagi kafir
>balik.
>
>Sahabat bertanya lagi..mengapa begitu ya rasullullah. rasullullah menjawab
>"Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia". Imam ghazali pernah berkata
>dalam perkara ini "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti
>semut hitam diatas batu hitam dimalam gelap." Mana nak nampak.toksah kata
>semut hitam. Letak Sami Vellu bogel atas batu hitam pun kita tak nampak.
>Kalau dia senyum baru kita tahu ada manusia atas baru hitam dalam gelap.
>Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.
>
>Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak
>langsung. Bukan sahaja tak nampak, malah turut pertahankan gerakan murtad
>ini. Gerakan hindu kita toksah sebutlah belum habis cakap dah ada yang
>tunggu dengan parang kat luar. Gerakan! yahudi lagilah teruknya. Henry Ford
>(orang kaya yang buat kereta ford tu) pernah menulis berkaitan yahudi tahun
>40an atau 30an dulu dalam bukunya "international jew"(tak silap saya).
>
>Unsur yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak.
>Paling nyata rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada
>saham kepada puak yahudi. Takde kilang rokok yang bukan yahudi punya. Sapa
>yang hendak berenti merokok ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja
>baru letak bola sebijik 70 ribu Melayu tak sembahyang yang kat stadium Shah
>Alam, belum kira yang kat rumah lagi. Dia hantar Micheal Jackson sekor,
>kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan satu parti bergaduh kat mana
>mangkuk ayun ni nak buat pertunjukan.
>
>Bab kristian lebih terancang lagi , lebih terperinci. Semenjak kalah dalam
>perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan king entah ke apa nama ke 6
>yang terakhir dan dia pun mati, dia telah berwasiat dan wasi! atnya ada
>ditulis dalam emas di Lindon Belanda yang berkata :
>
>" kepada semua pemimpim-pemimpin kristian, kita hari ini telah melakukan
>kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan
>berperang dengan akidah yang ada pada mereka sebab tu Islam menang walaupun
>30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita mereka tetap menang
>sebab mereka (orang Islam) perang nak mati kita perang untuk hidup. Oleh
>itu hendaklah kita tukar strategi melancarkan peperangan ideologi, fahaman
>dan budaya keatas orang islam."
>
>Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah king tu mati, 1942 kerajaan Islam
>Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang ditangan kristian, 1511
>kerajaan Islam Melaka tumbang , tak lama lepas tu tumbang kerajaan Islam
>Patani, tak lama selepas tu tumbang kerajaan Islam Kedah, tak lama lepas tu
>tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh ...semuanya
>satu demi satu. macamana be! nda ni boleh terjadi? Sebab, gerakan kristian
>berdasarkan kepada 3 G. gospel,goal, glory.Pertama kitab dia,kedua kekayaan
>kita, ketiga menang terhadap Islam.
>
>Kalu kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke tanah
>melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita dia bukan makan kari,
>dia datang bawa mubaligh kristian Francis Avier ( kalau saya tak silap eja)
>dia, sebab nak sebarkan ajaran kristian. Kita orang melayu punya bangga
>dengan si mubaligh kristian ni siap buat kubur pulak kat melaka tu. Bukan
>mayat dia ada dalam tu , yang ada dalam tu entah baju dia entah spender
>dia. Dia mati kat Filipina. Bagaimana cara dia sebarkan kristian nih? Orang
>kita panggil gerakan halus ...dia panggil yang ditulis kepada semua
>mubaligh kristian yang nak datang ke Asia ni, cara dia guna kaedah "garam
>dan ragi".Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian.Contohnya kalau ubi
>kayu yang waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi eso! knya masih lagi
>bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya dia kekalkan orang melayu
>dengan identiti Islam hakikatnya kehidupan kita bukan cara islam lagi.
>
>Cara inilah yang Rasullullah kata macam kepingan malam di malam gelita ,
>inilah yang imam ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam dimalam
>gelita tu. Pertama melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam
>sekolah dengan nama mubaligh kristian. Convent itu, Saint inilah. Menurut
>satu petikan seorang mubaligh kristian pada masa itu yang ditulis semula
>oleh Gorge Peters dalam sebuah buku tahun 40an.
>
>Kepada mubaligh-mubaligh kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan
>pendekatan garam dan ragi................
>
>"..pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang muslim melayu berkenaan
>meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya
>orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya,
>justeru itu ragi te! tap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan
>sebuah lampu(kristian) yang diletakkan dalam gelap , penyebaran agama
>kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian bukan organisasi.
>Dirasa kesegarannya bukan bersikap kalam, dinamik dan etikal bukan bersifat
>formalistik pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya lantaran ia
>tidak menganjurkan ahli melayu tadi menjadi ahli baru kristian yang formal,
>menyendiri terpisah dari masyarakatnya sebaliknya ia memberi laluan agar
>dapat dimasukkan semangat dan ajaran jesus bagaikan sebutir ragi yang
>bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat melayu dan
>seluruhnya. ajaran kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru
>itu nanti dapatlah dikatakan bahaw!
>a !
>kita nanti akan memperolehi satu kristian muslim melayu tempatan yang
>mencerminkan kristian muslim melayu sejati.."
>
>Sebenarnya dia hendak, akan datang suatu masa nanti orang melayu sendiri
>tanp! a dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi kristian. Cara
>kebajikan pulak...hari ni sapa tak kenal kelab rotery..yang cuci buah
>pinggang, kelab lion , bulan sabit merah, saint john ambulan, sapa tak
>kenal palang merah mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme.
>Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah
>kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Akhirnya sampai
>hari ni kita bergaduh sesama melayu. Cara lain adalah dengan menghidupkan
>maksiat.
>
>Orang melayu sendiri yang sponsor maksiat. Seorang mufti yang nak
>mempertahankan hukum Allah cegah anak melayu masuk pertandingan ratu
>cantik, bukan anak melayu tu yang kena, mufti kena buang. hari ni yang
>menghidupkan maksiat paling besar orang melayu, jeneral lagi, sedara dengan
>PM lagi sanggup mempertahan ibu maksiat paling besar dalam Islam. Sanggup
>mempertahankannya, patutnya kita yang lawan. Heran sungguh peel pemimpin
>yang kita pa! ngkah dalam pilihanraya ni.
>
>Kitab bible pertama dalam bahasa melayu diterjemahkan oleh orang
>melayu....sapa? Karyawan agung....bukan main hebat...Munsyi Abdullah.
>Banyak saham dia. Sampai hari ni kita pertahankan apa yang dia buat. tu lah
>dia yang rasullulah kata pagi tadi dia sembahyang dengan kita petang dia
>jual agama. Pemimpin yang kita pilih itulah apa bila seorang guru nak
>masukkan draf mempertahan Islam dia tolak Bukan saja tolak hukum Allah dia
>tolak dengan tepukan. dan kita terus menerus lantik dia jugak. Bodoh
>sungguh kita semua. Tengok lah hari ni...Bank Islam, Hospital Islam, pusat
>pajak gadai pun Islam. Bila orang tengok ..Malaysia Islam. Kita semua
>nampak macam ubi lagi tapi kita sebenarnya dah jadi tapai.
>
>Perlembagaan persekutuan itulah murtad yang paling besar. Sebab
>perlembagaan tulah Haji Bukhari menagis-nangis, sebab perlembagaan tulah
>Haji Kamarudin menagis, sebab perlembagaan tulah Yusof menangis, sebab
>perlem! bagaan tulah Ibrahim sekeluarga mati dibunuh.
>
>Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan dengan mulut paling kurang
>dengan hati. Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua
>diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun fowardkan alamat
>homepage ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita
>kena peka sebab ini semua tanggung jawab kita semua. Nak harapkan
>suratkabar? hampa sungguh kita sebab berita yang keluar semua dok puji
>pemimpin kita. Semua berita ditapis sedemikian rupa takut orang melayu kita
>sedar apa yang terjadi.
>
>Akhir sekali homepage ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen
>politik atau apa saja seangkatan sekadar meniupkan semangat perjuangan
>dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit
>pertahankan agama Islam sebelum terlambat. Semua fakta dalam halaman ini
>adalah hakmilik saudara kita Zulkifli Nordin peguambela kes Aishah.

 

Subject: [jihad] KHASIAT AYAT-AYAT AL-QURAN>Date: Fri, 9 Feb 2001 22:29:31 -0600>>>Surah Ash-Sharh>Dibaca oleh Nabi Muhammad SAW ketika susah hati.>Kesenangan untuk masuk periksa, hati tenang.  Baca 40x selepas solat >fardhu.>>>Surah Al-Imran / Ayat 200>Doa untuk jadi orang sabar, selepas habis ayat, sebut Allah Ya-sabur,>Ya-sabur, berulang kali.> >Surah At-Talq / Ayat 2-3>Ayat Seribu Dinar : Barangsiapa bertaqwa, Allah akan tolong dalam>kesusahan dengan rezeki yang bertambah.>>Surah Al Waaqiah / Ayat 19 :>Baca bila sakit kepala dan sapu tempat sakit.>N/B: Surah Al Waaqiah: Baca setiap malam sebelum tidur. Fadhilatnya: Tidak|>merasa kepapaan atau kehinaan; kaya jiwa bukan harta.>>Surah Al Baqarah / Ayat 156 :>Baca dalam musibah bukan sahaja kematian.>Surah Al-Baqarah baca selama 3 malam, syaitan tak masuk rumah selama 3>malam.>>Surah Ibrahim / Ayat 40 :>Baca untuk diri dan keturunan supaya rajin solat. Amalkan setiap selepas>waktu Asar>>Surah Al-Hadid / Ayat 3 :>Baca sebelum tidur, untuk kukuh iman.>>Surah TH. / Ayat 25 - 27>Doa untuk masuk periksa, majlis ceramah ,temuduga  elok ajar anak.>>Surah Al Qadr>Doa untuk yang lemah jadi kuat,miskin jadi kaya, yang hina dihormati>orang. 3x selepas subuh & maghrib>>Surah Al-Mulk / Ayat 14 & 15>Doa untuk jauhkan seksa kubur>Untuk Sakit, baca & gosok tempat sakit & Untuk Mohon murah rezeki>>>Surah Al-Anbiy'  / Ayat 83 :>Doa Nabi Ayob - sakit selama 18 tahun>>Surah Al Ahqaf / Ayat 15 :>Doa untuk diri dan ibubapa serta zuriat supaya tetap dalam iman>>Surah Al-Furqn/ Ayat 74>Doa untuk rumah bahagia, dibaca setiap lepas waktu solat (5x sehari).

 

 

Babi dalam pelbagai mazhab fikah

                    SOALAN: Saya seorang buruh berasal dari seberang yang
kini menetap
                    di Malaysia. Saya kurang faham dengan hukum yang
berkaitan dengan
                    babi. Sesetengah orang menyatakan babi hanya haram
dimakan, tetapi
                    diharuskan untuk kegunaan-kegunaan lain.

                    Soalan saya, benarkah pendapat yang menyatakan penyapu
cat yang
                    diperbuat daripada bulu babi itu harus diguna. Demikian
juga kasut yang
                    diperbuat daripada kulit babi harus dipakai. Apa pula
hukum makanan
                    dan ubat-ubatan yang dicampurkan dengan bahan-bahan yang
berasal
                    daripada babi.

                    Harap ustaz jelaskan hukum dengan dalil-dalilnya
daripada al-Quran dan
                    hadis. Saya ucapkan terima kasih atas pandangan dan
ulasan yang
                    diberikan. - SURJANI, Johor Bahru.

                    JAWAPAN: Seperti yang diketahui oleh umat Islam, daging
babi haram
                    dimakan. Pengharamannya meliputi lemak, kulit, kuku,
bulu dan seluruh
                    juzuk badan yang dihubungkan dengan haiwan itu, sama ada
yang
                    mentah atau yang sudah dimasak, yang disembelih dengan
cara syarii
                    atau yang tidak disembelih, sama ada untuk kegunaan
makanan atau
                    peralatan seperti penyapu, kasut, tali pinggang dan
lain-lain.

                    Beberapa ayat dalam al-Quran menyatakan dengan jelas
hukum itu.
                    Antaranya firman Allah yang bermaksud: Diharam atas kamu
bangkai,
                    darah dan daging babi (al-Maidah: 3) dan firman-Nya lagi
yang
                    bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad: Aku tidak dapati
dalam apa
                    yang telah diwahyukan kepada-Ku, sesuatu yang diharamkan
bagi orang
                    yang hendak memakannya, melainkan benda itu bangkai,
atau darah
                    mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya ia adalah
kotor
                    (al-Anam: 145).

                    Ayat-ayat ini juga menyatakan babi sebagai najis yang
bererti najis atau
                    kotor. Justeru itu ulama dalam mazhab Syafie sepakat
berpendapat
                    haram diguna pakai semua barangan yang diperbuat
daripada babi,
                    sama ada bulunya, kulitnya atau juzuk-juzuknya, sama ada
dalam
                    bentuk barangan, peralatan atau lain-lain termasuklah
membuat ubat
                    bagi segala macam penyakit, kerana menurut mereka tiada
ubat pada
                    benda-benda najis. Pendapat ini menjadi pegangan
kebanyakan umat
                    Islam di Malaysia yang bermazhab Syafie.

                    Babi diharamkan Allah sejak lama dahulu, namun baru
sahaja ilmu
                    manusia mengetahui bahawa di dalam daging babi, darahnya
dan
                    usus-ususnya terdapat sejenis cacing yang sangat bahaya,
iaitu cacing
                    pita dan telur-telurnya yang keras.

                    Kini ada segolongan manusia yang berkata bahawa
alat-alat pemasak
                    moden telah melangkah maju dan membuat cacing-cacing itu
tidak lagi
                    menjadi sumber bahaya, kerana ia dapat dibasmikan dengan
haba yang
                    tinggi yang dapat disediakan oleh alat-alat pemasak yang
moden itu,
                    tetapi orang-orang ini lupa bahawa ilmu pengetahuan
mereka
                    kadang-kadang memerlukan beberapa abad lamanya untuk
                    mengesahkan sesuatu penyakit.

                    Biarpun ulama fiqh sepakat tentang pengharaman makan
daging babi,
                    tetapi masih tidak sependapat dalam kegunaan-kegunaan
lain. Memang
                    dalam fikah Islam sukar didapati masalah yang disepakati
serba-serbi,
                    hingga pada semua cabang dan juzuk-juzuk kecilnya,
kecuali ada sahaja
                    perbezaan yang membabitkan hukum haram, halal dan
sebagainya.

                    Persoalan babi antara yang hangat pernah dibincangkan
ulama dalam
                    mazhab-mazhab Islam sekitar penggunaan barangan yang
diperbuat
                    daripada babi.

                    Pertama: Imam Malik berpendapat daging babi haram
dimakan tetapi
                    badannya suci ketika hidupnya. Kedudukan hukumnya
samalah dengan
                    beberapa jenis haiwan yang haram dimakan dagingnya
seperti harimau,
                    gajah dan sebagainya.

                    Menurut beliau lagi, ayat-ayat al-Quran hanya
menjelaskan babi haram
                    dimakan dagingnya, tetapi tidak pula menyatakan najis.
Imam Nawawi
                    daripada mazhab Syafie juga mengakui, tidak ada dalil
jelas
                    menunjukkan babi itu najis.

                    Perkataan najis (kotor/najis/jijik) dalam surah al-Anam:
ayat 145 yang
                    merujuk kepada daging babi, tidak menunjukkan dengan
jelas najis itu
                    bersifat `aini atau najis yang tidak boleh disucikan
lagi, kerana najis
                    boleh dikatakan juga sebagai najis hukmi sahaja, seperti
najis kafir
                    musyrik yang disebut dalam firman-Nya yang bermaksud:
                    Sesungguhnya orang kafir musyrikin itu najis (al-Taubah:
ayat 28).

                    Tiada sesiapa pun kalangan ulama berpendapat kafir
musyrik itu sebagai
                    najis `aini, sebaliknya berpendapat hanya najis hukmi
atau najis i'tiqad
                    (kepercayaan) sahaja. Mengapa najis babi tidak boleh
dianggap sebagai
                    hukmi, dengan alasan dagingnya haram dimakan.

                    Ekoran mazhab Malik yang berpendapat babi itu suci,
tidak timbul lagi
                    hukum wajib membasuhnya tujuh kali seperti najis anjing,
malah jarak
                    antara dua mazhab Malik dan Syafie agak begitu jauh.
              Dalam beberapa hal pula, saya berpendapat mazhab Malik
ini memberi
                    nafas lega kepada sesetengah orang yang tabiat
pekerjaannya terpaksa
                    bergelumang dengan babi pagi dan petang seperti doktor
haiwan dan
                    pelajar-pelajar yang mengikuti kursus doktor haiwan.

                    Kedua: Ulama memutuskan, apa jua haiwan yang mati tanpa
sembelih,
                    hukumnya najis kerana ia bangkai, tetapi semua bangkai
kulitnya boleh
                    disucikan melalui samak, kecuali kulit anjing dan babi
menurut
                    kebanyakan ulama termasuk Syafie.

                    Bagaimanapun Imam Abu Yusuf dan al-Zahiri berpendapat,
kulit-kulit
                    anjing dan babi juga boleh disucikan dengan samak,
kerana hadis
                    riwayat Muslim menyatakan: Apa jua kulit haiwan, suci
apabila disamak
                    (Muslim, bilangan 366).

                    Hadis ini menurutnya umum kepada semua kulit termasuk
anjing dan
                    babi. Merujuk kepada pendapat dua imam di atas, nyata
segala
                    barangan yang diperbuat daripada kulit anjing dan babi
yang disamak
                    boleh dipakai.

                    Ulama menyatakan lagi, bulu dan kuku yang dicabut atau
dipotong
                    daripada bangkai adalah bangkai, hukumnya turut najis
seperti bangkai
                    juga. Bagaimana pula jika bulu dipotong daripada haiwan
yang masih
                    hidup?

                    Jawabnya, suci jika haiwan itu suci dan najis jika
haiwan itu najis. Ini
                    bermakna, bulu babi yang dipotong daripada babi yang
masih hidup
                    adalah suci di sisi Imam Malik.

                    Ini bermakna, penyapu yang diperbuat daripada bulu babi
yang dipotong
                    ketika hidupnya adalah suci dan harus diguna pakai.
Sesetengah ulama
                    pula berpendapat, bulu yang dipotong daripada haiwan
yang masih hidup
                    juga najis kerana dikira bangkai juga. Sehubungan ini
sebuah hadis
                    riwayat al-Hakim yang bermaksud: Juzuk yang dipotong
daripada haiwan
                    yang hidup dianggap bangkai (Tirmiz, bilangan 1480).

                    Ketiga: Merujuk kepada hukum babi yang diambil sebagai
ubat-ubatan.
                    Ulama sepakat memutuskan bangkai semua haiwan adalah
najis
                    kalaupun menurut Imam Abu Yusuf dan al-Zahiri kulit
bangkai termasuk
                    bangkai babi boleh disucikan dengan samak, tetapi
juzuk-juzuk babi
                    yang bukan kulitnya tidak boleh disucikan dengan samak.

                    Atas dasar ini ulama lebih cenderung kepada pendapat
mengharamkan
                    ubat-ubatan yang dimasukkan bahan babi padanya, kerana
benda-benda
                    najis tidak boleh dijadikan ubat, kecuali dalam keadaan
darurat yang
                    memaksakan.

                    Syed Atiyyah Saqr pula lebih cenderung kepada pendapat
                    mengharuskan kegunaan ubat-ubatan itu, jika ia merupakan
suntikan
                    dalam badan dan ternyata keberkesanannya kepada pesakit.
Kita ikuti
                    pendapat beliau, katanya: Jika ubat-ubatan itu berupa
suntikan dalam
                    badan, maka diharuskan, kerana dalam badan memang
berkumpul
                    najis-najis kencing dan tahi, ini tidak pernah
ditimbulkan bagi maksud
                    kesahihan solat dan ibadat. Lain halnya jika diguna pada
bahagian
                    luaran, tentunya najis itu menghalang kesahihan solat.

                    Saya lebih cenderung kepada pendapat ini kerana sejauh
pengharaman
                    babi dalam beberapa ayat al-Quran hanya untuk dimakan.
Suntikan ubat
                    ke dalam badan tidak dikatakan makan, lagipun penggunaan
barangan
                    yang diperbuat daripada kulit babi, tidak disepakati
ulama pada
                    pengharamannya.

                    Mungkin ada pendapat menyatakan najis babi tidak boleh
dimasukkan
                    dalam badan manusia Muslim yang selalu mengerjakan
ibadat solat dan
                    sebagainya.

                    Najis ini jika dibiar berkekalan dalam badan menjadikan
seseorang itu
                    terhalang daripada solat selama-lamanya.

                    Alasan ini telah dijawab oleh Syeikh Atiyyah Saqr
seperti yang disebut
                    sebelum ini, iaitu najis yang menghalang solat hanya
najis di luar badan.

                    Adapun najis dalam badan tidak menghalang seseorang
daripada solat
                    dan ibadat, ini kerana dalam perut manusia dipenuhi
najis darah, tahi dan
                    kencing, sedang dia pada ketika itu bersolat, bertawaf
dan beribadat.
                    Tiada siapa pun mempertikaikan kesahihan ibadatnya.

                    Keempat: Ulama memutuskan, makanan yang dimasuki
bahan-bahan
                    najis haram dimakan. Gelatin atau jeli yang biasanya
diproses di
                    negara-negara bukan Islam, jika asalnya diperbuat
daripada haiwan yang
                    tidak disembelih atau babi, maka hukumnya najis dan
tidak halal
                    dimakan. Namun difahamkan bukan semua gelatin itu najis
dan
                    diperbuat daripada babi.

                    Kalau begitu halnya, perlulah dipastikan terlebih
dahulu, sama ada ia
                    benar diperbuat daripada babi atau haiwan yang
disembelih dan haiwan
                    yang harus dimakan.

                    Satu kaedah dalam menentukan halal haram makanan ialah
dilihat pada
                    pertukaran rupa dan benda, seperti arak yang kemudiannya
bertukar
                    rupanya menjadi cuka.

                    Menurut mazhab Syafie pertukaran rupa tidak mengubahkan
hukum najis
                    sesuatu benda, kecuali arak yang berubah menjadi cuka.
Cuka ini
                    bersih, sekalipun asalnya arak yang najis.

                    Imam Malik berpendapat, benda-benda najis yang bertukar
kepada suatu
                    rupa yang lain adalah suci, seperti najis babi yang
dibakar kemudian
                    bertukar menjadi debu hukumnya suci, sekalipun
pertukaran itu dengan
                    sendiri atau setelah diusahakan. Atas dasar ini, ramai
berpendapat,
                    gelatin itu suci dan boleh digunakan, sekalipun
ditakdirkan asalnya babi
                    atau bangkai yang tidak disembelih, kerana najis itu
telah bertukar
                    rupanya kepada rupa yang lain. Kedudukannya samalah
dengan tulang
                    bangkai yang dibakar menjadi debu. Tulang bangkai adalah
bangkai,
                    tetapi debu tulang setelah dibakar tidak lagi membawa
hukum asalnya.

                    Saya lebih cenderung kepada pendapat ini, kerana hukum
halal haram
                    ditentukan mengikut namanya. Apabila tiada nama, maka
tiada lagi
                    hukum asalnya, tahi adalah tahi dan hukumnya adalah
najis, tetapi
                    apabila tahi menjadi tanah, maka hukumnya adalah tanah.

                    Dalam apa hal sekalipun, setiap makanan yang sampai
kepada kita
                    perlu diselidik halal haramnya terlebih dahulu, jika
diragui kebersihannya,
                    maka wajib ditinggalkan sahaja. Itulah pilihan yang
terbaik.

                    Baginda bersabda: Sesiapa memelihara dirinya daripada
perkara yang
                    meragukan, maka sebenarnya ia menjaga kebersihan agama
dan
                    kehormatan dirinya. - (Muslim, bilangan 1599) Wabillah
al-Hidayah Wa
                    al-Tawfiq.